Kadang-kadang ada perkara yang kita kena korbankan untuk mendapat atau memiliki sesuatu perkara.Kadang-kadang individu seperti ini digelar ” Biar papa asal bergaya” . Well, hidup cuma sekali bukan? Kami senaraikan 12 tabiat perbelanjaan wang yang anda tak perlu malu mengaku anda pernah buat. Mana satu yang anda pernah buat atau amalkan?
1. Elak makan di restoran mewah untuk bayar yuran program pelangsingan badan atau rawatan rambut di salun.
2, Gunakan kupon atau baucar diskaun. Siapa tak mahu benda percuma bukan.
3. Curi-curi bawa makanan ke dalam panggung wayang.
4. Ajak kawan-kawan makan bersama , nanti bolehlah anda bahagikan bayaran bil.
5. Ambil kucing yang berkeliaran untuk dijadikan haiwan peliharaan daripada beli di kedai haiwan.
6. Berhenti merokok untuk jimat duit.
7. Beli hadiah yang mahal untuk orang tersayang walhal bil telefon anda masih lagi belum berbayar dan pegawai perkhidmatan pelanggan telah beberapa kali mengingatkan anda tentang perkara tersebut.
8. Berdiet untuk beli barangan Chanel atau Christian Loubotin.
9. Jimat perbelanjaan harian supaya anda boleh pergi ke spa sebulan sekali.
10. Ketepikan semua perbelanjaan tidak penting untuk memastikan anda dapat membeli rumah dan kereta.
11. Maksimumkan pengunaan kad kredit anda untuk bawa ibu bapa anda melancong ke destinasi impian mereka.Kita tidak tahu sampai bila kita akan sempat bersama mereka, jadi tak mengapa kalau kita berhutang dengan bank asalkan dapat membahagiakan mereka sementara mereka masih ada.
12. Minum kopi di kedai mamak, berbanding Starbucks, Gloria Jeans Coffee dan sebagainya.