Bila orangnya cantik pelbagai ragam manusia datang menghampiri, ada melalui cara yang keji juga terkutuk. Terjadi kepada supermodel Claudia Schiffer yang mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan habuan £1 juta (RM5.46 juta) untuk menghabiskan malam bersama seorang putera Arab.
Walaubagaimanapun, menurut Claudia wang gagal mengaburi matanya dan tawaran lumayan itu ditolak. Kata Claudia, menjadi ratu catwalk dan seorang daripada wanita paling banyak mendapat tumpuan lensa kamera mendorong kepada pelbagai situasi luar biasa.
“Saya pernah melalui pelbagai pengalaman yang pelik dan satu daripadanya ialah tawaran yang diterima daripada seorang putera Arab.
“Dia bertanya sama ada dia boleh menyewa saya untuk makan malam dengan bayaran lumayan.
“Saya menolaknya, tetapi seorang supermodel lain menerima tawaran berkenaan,” katanya.