Musim ini , jenama surf wear dan gaya hidup dari Australia, Rip Curl telah mengambil inspirasi daripada pelbagai budaya dan sub-budaya dalam menawarkan koleksi menarik , trendy dan ceria kepada lelaki dan wanita.
Diperbuat daripada 100 % fabrik kapas, cetakana koleksi juga mengambil inspirasi daripada pantai, seperti pokok kelapa dan floral Hawaii. Anda juga boleh menikmati asas minimalistik yang datang daripada mono atau bi -warna tshirt berlogo dan juga poket Chambray.
Pakaian slim fit casual lelaki juga datang dalam potongan yang menawan dan juga potongan leher yang moden.
Busana lelaki lengan pendek dari Rip Curl juga ditawarkan dalam corak retro yang sesuai untuk ke pejabat mahupun aktiviti kasual. Untuk acara yang lebih semi-kasual pelanggan juga ditawarkan dengan koleksi berlengan panjang yang datang dalam warna neutral, warna cerah seperti putih, kelabu dan biru langit.
Bagi pencinta pantai dan yang suka melakukan aktiti pantai seperti berenang dan surfing, musim ini Rip Curl menawarkan rekaan seluar panjang dan pendek yang berbeza, dari 18 inci kepada 21 inci, dalam warna biru dan sunset orange.
Koleksi untuk wanita pula, Rip Curl mengimbau era 90-an dengan tee-grafik dan juga bold statement yang ringkas. Bohemian era baru juga adalah tema yang diteroka musim ini. Dengan memperkenalkan corak aztec dan geomatrik, juga corak floral yang feminin dalam warna tanah sebagai palet utama.
Tee kapas dari tona garang , warna-warni, corak playful top bohemian , rolled cuffs ,peek a boo, potongan laser dan perincian dan butiran di bahagian depan dan belakang baju. Untuk gaya yang lebih low profile, pelanggan juga boleh memilih baju panas dan kardigan .
Koleksi ini kali ini juga lebih berwarna-warni dengan berinspirasikan percutian dan corak bungaan juga grafik pokok kelapa.