Bayaran elaun yang ditawarkan cukup memuaskan. Glassdoor.com, platform bagi kakitangan tanpa nama berkongsi mengeluarkan senarai tempat kerja yang menawarkan bayaran tinggi untuk praktikal bagi tempoh 2014. Tidak mengejutkan kerana majoriti adalah dalam bidang teknologi.
10. Apple. Purata gaji asas bulanan: USD5, 723
Kelebihan yang diperolehi pelajar praktikal – Di samping menyediakan perumahan percuma (yang paling teruk 15 minit memandu dari kerja) atau $1000 wang saku untuk perbelanjaan rumah, menyediakan makan tengah hari / makan malam percuma kepada pekerja, dan anda juga layak untuk semua faedah pekerja yang lain, seperti insurans kesihatan , keahlian pusat kecergasan, diskaun produk.
9. Google. Purata gaji asas bulanan: USD5, 969
Kelebihan – Gaji yang baik. Mereka membayar untuk penginapan semasa keseluruhan latihan. Belajar banyak daripada para jurutera dan memperkembangkan networking.
8. Exxon Mobil. Purata gaji asas bulanan: USD5, 972
Kelebihan – Pembangunan profesional, membayar, dan pendedahan kepada Fortune 5 syarikat.
7. Ebay Inc purata gaji asas bulanan: USD6, 126
Kelebihan – Tempat terbaik untuk memulakan kerjaya anda. Pampasan yang baik. Rakan kerja yang baik.
6. Microsoft. Purata gaji asas bulanan: $ 6138
Kelebihan di Microsoft – Program latihan penyelidikan adalah benar-benar teratur. Terdapat subsidi perumahan, sewa kereta dan subsidi penempatan semula.
5. Facebook. Purata gaji asas bulanan: USD6, 213
Kelebihan – Manfaat dan kelebihan di sebuah syarikat yang dikenali untuk memulakan karier jika ingin diiktiraf oleh syarikat-syarikat teknologi lain. Gaji yang ditawarkan juga besar.
4. LinkedIn. Purata gaji asas bulanan: USD6, 230
Kelebihan – Manfaat yang sangat baik, teman kerja juga baik di samping persekitaran kerja yang mesra.
3. Twitter. Purata gaji asas bulanan: USD6, 791
Kelebihan – Anda akan mendapat ship code yang digunakan dalam pengeluaran, anda boleh turut serta dalam semua decision making syarikat.
2. VMware. Purata gaji asas bulanan: USD6, 966
Kelebihan – Pampasan, syarikat menjaga bonus dan kemudahan lain.
1. Palantir. Purata gaji asas bulanan: USD7, 012
Kelebihan – Kerja adalah didorong oleh misi sebenar.
Senarai penuh
Sumber: huffingtonpost.com