1. Anda akan lupa 90 % mimpi anda.
Selepas 5 minit and bangun dari tidur, anda telah separuh daripada mimpi anda, dalam masa 10 saat, anda telah lupa 90% daripadanya.
2. Orang cacat penglihatan juga mengalami mimpi
Orang yang mengalami masalah cacat penglihatan selepas dilahirkan boleh melihat imej dalam mimpi mereka manakala orang yang dilahirkan dengan masalah cacat penglihatan tidak melihat apa-apa imej di dalam mimpi, namun mimpi dirasai dengan jelas melalui deria mereka yang lain seperti bunyi, bau, sentuhan dan emosi.
3. Setiap orang akan mengalami mimpi
Setiap orang akan mengalami mimpi (kecuali dalam kes-kes gangguan psikologi yang melampau). Jika anda fikir anda tidak pernah bermimpi , baik lupakan saja “mimpi” anda itu.
4. Kita hanya akan bermimpi tentang orang yang kita kenali
Minda kita tidak mempunyai keupayaan untuk mencipta wajah yang baru. Jadi di dalam mimpi, kita hanya melihat wajah manusia yang sedia wujud, samaada yang biasa kita lihat sepanjang kehidupan atau wajah yang kita tidak kenal atau ingat. Sepanjang kehidupan, kita telah melihat ratusan ribu wajah yang berpotensi menjadi masuk ke dalam mimpi anda.
5. Tidak semua orang mimpinya berwarna
12 % manusia bermimpi hanya dalam warna hitam putih, selebihnya mimpi mempunyai warna. Kajian pada tahun 1915 sehingga 1950 menunjukkan bahawa majoriti manusia bermimpi dalam warna hitam putih namun hasil kajian menunujukkan perubahan pada tahun 1960 an. Sekarang, hanya 4.4 % daripada mimpi individu berusia 25 tahun ke bawah berwarna hitam putih. Kajian mencadangkan bahawa, hasil kajian yang berubah-ubah ini boleh dikaitkan dengan siaran TV yang dahulunya memaparkan warna hitam putih dan sekarang berwarna.
6. Mimpi adalah simbolik
Kadang-kala apa yang anda mimpikan tidak membawa maksud yang terus. Mimpi boleh ditafsirkan secara simbolik.
7. Emosi
Emosi yang paling kerap dan biasa dialami ketika bermimpi adalah rasa bimbang dan risau. Emosi dalam mimpi kebanyakannya lebih negatif berbanding emosi positif.
8 . Anda boleh bermimpi antara empat ke tujuh mimpi pada satu malam.
Secara puratanya, anda boleh mengalami mimpi setiap satu jam atau dua jam.
9. Haiwan juga bermimpi
Dalam satu kajian yang telah dijalankan, haiwan juga mengalami gelombang otak yang sama ketika manusia bermimpi sewaktu mereka tidur. Jika anda lihat seekor anjing yang sedang tidur, kaki mereka juga bergerak seolah-oleh mereka berjalan dan mereka juga membuat bunyi seolah-oleh mengejar sesuatu ketika sedang tidur.
10. Badan lumpuh
Rapid eye movement (REM) , atau pergerakan mata yang cepat adalah merupakan peringkat tidur yang normal berdasarkan pergerakan mata yang pesat. REM untuk orang dewasa biasanya meliputi 20-25% daripada jumlah tidur, kira-kira 90-120 minit untuk satu malam sewaktu tidur.
Sewaktu tidur, REM badan dilumpuhkan oleh mekanime dalam otak untuk mengelakkan fizikal sebenar bergerak seperti pergerakan dalam mimpi. Walau bagaimapun, mekanisme ini boleh tercetus sebelum, semasa, atau selepas tidur semasa otak dalam keadaan sedar.
11. Penggabungan mimpi
Fikiran kita boleh menterjemah rangsangan luar oleh pencaindera kita apabila kita sedang tidur. Ini bermakna, kadang kala apabila kita bermimpi, apa yang kita dengar mungkin datang daripada bunyi dalam alam realiti dan tergabung dalam mimpi yang kita sedang alami. Misalnya, ketika anda bermimpi pergi ke konsert, abang anda sedang bermain gitar berhampiran tempat tidur anda.
12. Lelaki dan perempuan mengalami mimpi yang berbeza
Lelaki lebih cenderung bermimpi tentang lelaki lain dan hampir 70 % daripada mimpi mereka adalah tentang lelaki lain. Sementera perempuan pula bermimpi tentang lelaki dan wanita dengan jumlah yang hampir sama banyak. Selain daripada itu, lelaki umumnya mempunyai emosi yang lebih agresif di dalam mimpi mereka daripada banyak wanita.
Ketahui Perbezaan Mimpi Lelaki dan Wanita
13.Prekognitif mimpi
Hasil beberapa kajian menunjukkan, 18 % ke 38% manusia telah mengalami sekurang-kurangnya satu mimpi perkognitif dan 70 % mengalami déjà vu. Peratusan mereka yang percaya kepada mimpi prekognitif mungkin adalah lebih tinggi – dari 63% kepada 98%..
14. Anda tidak boleh bermimpi ketika berdengkur
Fakta ini telah berulang kali dilaungkan di internet tetapi belum ada bukti saintik yang kukuh ditemui untuk menyokongnya.
15. Anda boleh mengalami orgasm ketika sedang bermimpi
Anda bukan sahaja boleh bermimpi melakukan hubungan seks di dalam mimpi, tetapi anda juga boleh mengalami orgasm seperti dalam kehidupan sebenar melalui mimpi.
Sumber : www.boredpanda.com