Sesetengah ibu bapa menyatakan bahawa anak-anak mereka cerewet makan1. Minuman tambahan sedia diminum yang pertama di Malaysia menyakinkan ibu bapa bahawa anak mereka akan menerima nutrisi yang lengkap untuk tumbesaran tubuh dan minda mereka.
PediaSure®, jenama peneraju nutrisi kanak- kanak telah berada di Malaysia selama 20 tahun dan ia merupakan jenama yang diyakini oleh kebanyakan ibu bapa. PediaSure® Complete sedia diminum dengan Formulasi Elite, nutrisi tambahan sedia diminum yang pertama di Malaysia yang direka untuk kanak-kanak berusia di antara 1-10 tahun yang cerewet makan.
PediaSure® Complete sedia diminum mudah dibawa dan disediakan dengan tepat untuk memberikan kandungan nutrien utama yang betul kepada kanak-kanak yang cerewet makan. PediaSure® Complete menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka, semasa mereka mempelajari pemakanan yang sihat dan seimbang.
Satu-satunya formulasi dengan 100% nutrisi lengkap yang membantu mengisi jurang kekurangan nutrisi yang dialami oleh kanak-kanak. PediaSure® Complete sedia diminum juga membekalkan 100% atau lebih kandungan diet US (DRI) protein dan 24 jenis vitamin dan mineral.
Dengan rasa vanila yang lazat, si manja yang paling cerewet makan pun pasti tidak akan menolak PediaSure® Complete sedia diminum. Ia tidak mengandungi pengawet dan produk ini dipek di dalam botol yang mudah dibuka, kalis bocor bagi memastikan kandungan kekal selamat, segar dan segala kebaikan nutrisi tetap terpelihara. Ia amat mudah untuk diminum kerana tidak perlu pembancuhan atau penyediaan.
PediaSure Complete® sedia diminum dengan Formulasi Elite kini boleh didapati dalam perisa Vanila yang lazat di semua Chinese Medical Halls dan rangkaian pasaraya terpilih, dengan harga runcit RM45 bagi satu pek enam botol 220 ml. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.pickyeater.com.my/expressticket.