Orang tertua di dunia, seorang wanita Jepun bernama Misao Okawa, akan menyambut ulang tahun ke-116 beliau esok. Istimewa majlisnya, dia telah berkongsi rahsia untuk kehidupan yang panjang, sihat selama ini. Menurutnya, makan dan tidur merupakan rahsia kesihatannya sehingga hari ini. Lagi satu, belajar untuk sentiasa jadi tenang.
Puan Okawa makan tiga kali makan besar sehari dan sentiasa memastikan dia tidur lapan jam pada waktu malam. Makanan kegemarannya adalah sushi, terutamanya ikan kembung yang diletakkan cuka dengan nasi pulut kukus dan dia sekurang-kurangnya akan makan sekali setiap bulan.
Apabila ditanya saat-saat paling menggembirakan dalam hidupnya ialah ketika perkahwinannya tahun 1919 dan kelahiran tiga anak-anak mereka. Misao Okawa telah menjadikan jangka hayat purata bagi seorang wanita Jepun melebihi, yang kini 85.9 tahun berbanding 79.6 bagi lelaki Jepun.
Yasuyuki Gondo, seorang profesor di Universiti Osaka yang telah mengkaji rahsia panjang umur beberapa masyarakat Jepun disebabkan rawatan perubatan yang baik dan diet yang penuh dengan beras, sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan. – via