Berbadan besar dan berwajah bulat adalah sesuatu yang wanita tidak sukakan. Macam-macam dilakukan bersenam, berdiet, dan banyak strategi penurunan berat badan lain tapi masih tidak mendatangkan hasil.
Ingin tahu rawatan badan segera? Sebenarnya,ia bukan rawatan yang memerlukan anda mengikuti kelas atau sebagainya tetapi ia lebih kepada keajaiban gaya rambut yang menutup fizikal sebenar anda. Gaya rambut yang sesuai dengan personaliti sekaligua memberikan keyakinan kepada anda.
1. Belahan Rambut
Belahan rambut di bahagian tengah membuatkam muka kelihatan lebih luas. Sentiasa berani untuk melakukan gaya yang berbeza, sebagai contoh belahan tepi, zigzag atau asymmetrica. Ini gaya akan mengambil tumpuan dari kawasan pipi anda dan membawa perhatian kepada dahi anda.
2. Rambut Curly/Wavy
Perlu diingatkan rambut lurus panjang perlu dielakkan sama sekali. Bila anda ingin menutup muka bulat, cuba buat gaya rambut curly ataupun soft waves. Cuba lakukan soft waves layer di sekitar tulang pipi dan mata anda, bayangkan rambut anda menutup separuh mata dan tulang pipi, ianya kelihatan sangat seksi dan menarik.
3. Potongan Bangs Di Bahagian Tepi
Pernah dengar atau tidak jika anda trim rambut dan lakukan bangs di bahagian mampu menutup wajah bulat anda? Tetapi perlu diingatkan agar rambut bangs tepi anda tidak terlalu tebal dan biarlah sentiasa nampak ringan.
Rambut belah ketepi boleh membantu menutup dahi luas anda. Rambut belahan tepi juga boleh menampakkan muka lebih kurus. Wanita dengan muka bulat mesti cuba untuk membuat rambut ala side-parting kerana ia benar-benar boleh memanjang muka anda. Anda juga boleh menyerlahkan tulang pipi anda dan melembutkan wajah bulat anda dengan potongan bangs pada rambut anda atau dengan potongan layer panjang.
4. Layer
Potongan rambut layer panjang merupakan salah satu pilihan terbaik bagi pemilik wajah bulat dan berbadan besar. Rambut ini akan membuatkan wajah anda kelihatan berbeza daripada wajah asal. Disyorkan untuk memotong rambut paling tidak sepanjang leher untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Gaya rambut berlapis membuat wajah anda kelihatan memanjang. Potongan layer panjang kebawah, akan memberikan muka bentuk bujur dan langsing.
5. Rambut Pendek
Ya, gaya rambut pendek boleh menjadi satu pilihan yang terbaik untuk anda. Mungkin ada di antara kita yang merasakan potongan rambut pendek bukanlah pilihan yang tepat tetapi ianya sememangnya memberikan kelaina kepada penampilan anda. Cuba tanya kepada pakar potangan rambut pendek apa yang sesuai untuk anda, kalau boleh elakkan potongan bob kerana jika silap hari bulan boleh membuatkan muka anda bertambah lagi bulat. Elakkan potongan rambut bob tradisional.