Kali ini Wanista tampilkan inspirasi fesyen blogger, pengacara, pelakon yang sedang meningkat naik Hanis Zalikha. Hanis dilihat bijak dalam berfesyen dan boleh dikatakan tidak terlalu keterlaluan. Fesyen Hanis simple tetapi nampak menarik!
1. Wanista sukakan Hanis padankan overall bersama crop top, nampak cute sangat. Anda boleh cuba crop top atau t shirt biasa sudah memadai.
2. Wanista suka Hanis padankan long tank dress bersama converse, nampak stail dan selesa sangat.
3. Printed t shirt dipadankan bersama ripped jeans atau ripped pants dan dilengkapkan lagi dengan boots, memberikan gaya pada pilihan fesyen Hanis. Printed t shirt kalau betul digayakan memang nampak menarik.
4. Kelainan pada Hanis kali ini, dia bijak mengenakan singlets dipadankan dengan kimono. Hanis melengkapkan gaya dengan statement necklaces. Cukup indah! Anda boleh cuba pelbagai jenis statement necklaces bagi menyerlahkan penampilan lagi.
5. Untuk majlis formal, Hanis simple dengan collar dress paras lutut dan dipadankan dengan ankle boots ataupun peep toe booties. Seksi dan ada stail!
6. Penuh warna dengan hoodies, legging, skinny pants dan juga wedge sneakers.