Nokia telah mengumumkan pelancaran Nokia X, model telefon pintar dengan harga mampu milik beraplikasikan Android di Malaysia semalam. Peranti baru ini menggabungkan applikasi Android, signature dari Nokia dan juga servis Microsoft yang popular.
Diinspirasikan daripada keluarga Lumia, telefon pintar ini dilengkapi dengan Fastlane, skrin yang membolehkan orang mengalihkan aplikasi kegemaran mereka dengan lebih lancar.
Pengguna juga boleh mengakses lebih sedozen applikasi daripada Nokia Store. Peranti juga telah siap dimuaturun dengan pelbagai applikasi dan permainan popular.
Antara ciri yang ditawarkan oleh Nokia X adalah :
- 4″ skrin sentuh kapasitif
- 1 GHz Qualcomm Snapdragon Dual Core Processor
- 512MB RAM
- 3MP camera
- Dual SIM
- Lebih 32GB expandable memory
- Bateri 1500 mAH
- GPS satelit
- Accelerometer
- Pilihan warna : Hijau Terang, Merah Terang, Hitam dan Putih
Pengguna juga boleh menikmati HERE Maps, applikasi navigasi percuma yang eksklusif oleh Nokia dan juga Nokia MixRadio untuk streaming muzik percuma and playlists yang boleh dimuat turun.
Nokia X juga pengenalan dengan harga berpatutan untuk perkhidmatan Microsoft popular, termasuk cloud storage percuma menggunakan OneDrive.
Dengan pembelian telefon pintar Nokia X juga, pengguna dapat menikmati Skype’s Unlimited World Subsciption selama sebulan tanpa had, applikasi ini membolehkan anda membuat panggilan antarabangsa ke 60 negara menerusi landlines dan 8 negara menerusi telefon bimbit.
Nokia X boleh didapati di pasaran mulai minggu hadapan di kawasan Lembah Klang dan di seluruh Malaysia pada minggu berikutnya dengan harga runcit RM399.
Pre order juga sudah boleh mula dibuat di Nokia Stores dan StoreKini . Nikmati juga hadiah percuma bernilai lebih RM50 jika anda membuat pre-order dari StoreKini bermula sekarang sehingga 31 Mac 2014.
Pelancaran Nokia X yang mendapat kerjasama applikasi dalam talian LINE ini juga menawarkan 50 unit Nokia X secara percuma kepada pengguna yang bertuah. Anda boleh menyertai peraduan ini dengan cara memuat turun applikasi LINE daripada Nokia Stores dan mengikut NokiaMY di LINE untuk mendapatkan klu.
Nokia X merupakan salah satu daripada siri telefon pintar mampu milik Nokia X yang terdiri daripada Nokia X, Nokia X+ dan Nokia XL yang menggunakan sistem Android.