Hampir seminggu selepas pembukaan rasminya, Jabatan Kedua Pulau Pinang, satu berita mengejutkan apabila seorang pelajar jurusan undang-undang berusia 26 tahun bertindak terjun daripada jambatan kedua Pulau Pinang kira-kira jam 2.40 petang semalam. Difahamkan individu tersebut merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, individu itu kini berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital di Pulau Pinang.
Menurut Lai Fah Hin lagi, dia dikatakan terjun dengan niat membunuh diri. Walaubagaimanapun, berjaya diselamatkan oleh nelayan yang berada kira-kira 500 meter daripada Kilometer 13.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Nama dan motif membunuh diri enggan dinyatakan oleh Lai Fah Hin. Kami sedang menyiasat ini di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.
Terdapat banyak kes-kes bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang yang pertama pada masa lalu. Jambatan Pulau Pinang kedua, kini dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dibuka kepada lalu lintas pada 2 Mac.