Gambar pra-perkahwinan sekarang sudah menjadi trend dan seolah-olah sudah seperti agenda wajib bakal pengantin. Di negara China, mengambil gambar pra-perkahwinan sudah menjadi tradisi kepada pasangan pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan. Malah, sesi fotografi selalunya diadakan beberapa bulan lebih awal dari tarikh perkahwinan.
Walaubagaimanapun, tema fotografi yang dipiih pasangan Zhang Xinyu dan Bai Beibei untuk pengambaran pra-perkahwinan mereka ini agak unik dan lain dari yang lain. Mempelai ini memilih untuk bergambar dengan topeng gas sebagai “aksesori” busana pengantin mereka. Menurut laporan media, “tema” tersebut juga dipilih sebagai tanda protes keaadaan jerebu yang semakin buruk di negara itu.
Sesi fotografi tersebut telah mengambil Guomao Bridge, Beijing sebagai lokasi pengambaran.Idea asal fotografi itu datang daripada jurufoto gambar berkenaan. Pada pendapat penulis, foto pra perkahwinan yang dihasilkan selain unik dan kreatif, scene yang terhasil juga nampak begitu artistik dan meaningful (bermakna) dan simbolik.
Pasangan ini telah bertemu dalam satu majlis yang dianjurkan rakan-rakan mereka tanpa mengetahui majlis tersebut sebenarnya dianjurkan khas untuk menjodohkan mereka.
Zhang iaitu pengantin perempuan dalam gambar tersebut turut memberi komen;
” Bila kami punya anak nanti, kami akan tunjukkan gambar-gambar ini kepada mereka. Ianya bermakna dan kreatif.”
Hmm.. rasa-rasanya ada tak bakal-bakal pengantin di Malaysia yang berminat memilih konsep ini sebagai “tema” fotografi pra perkahwinan mereka?