85 syarikat dari Malaysia dan 64 chef dijangka akan mengambil bahagian dalam Food & Hotel Asia 2014 (FHA), pameran perdagangan terbesar dan paling menyeluruh yang bakal berlangsung di Ekspo Singapura pada 8-11 April tahun ini.
Tumpuan utama diberikan kepada Pasukan Kebangsaan Malaysia yang mewakili Malaysia di FHA2014. Pasukan tersebut yang terdiri daripada enam chef dipilih dengan teliti daripada Persatuan Chef Malaysia akan mengambil bahagian dalam National Team Challenge (Pertandingan Pasukan Kebangsaan ) di FHA Culinary Challenge (Pertandingan Kulinari FHA)
Dianjurkan empat tahun sekali, National Team Challenge akan menyaksikan sembilan pasukan antarabangsa menyediakan tiga sajian dan pasukan yang mendapat kedudukan tiga yang teratas akan berjaya melayakkan diri untuk peringkat “Battle for the Lion” yang akan menentukan johan pertandingan.
Tiga sajian yang bertemakan Culinary Evolution ( Evolusi Kulinari) adalah
- Appetizer – Seafood Wonders kombinasi fillet makanan laut dan sayuran.
- Main Course ( Sajian Utama) – Duo of Poultry Variation. Sajian ini mengandungi dada ayam panggang, dicampuri rasa truffle hitam dan cendawan. Dihidangkan juga dengan ubi kentang dan buah berangan dan juga sayuran segar,
- Dessert (Pencuci Mulut) – Whimsical Tropical Delights .Gabungan , kolak nanas Sarawak dengan elemen rasa serai, kelapa pandan dan juga aiskrim perasa limau purut. Sajian ini menawarkan kombinasi rasa masam dan manis.
Wanista turt diberi peluang untuk mencuba ketiga-tiga hidangan ini dan pujian harus diberikan kepada Main Course ( Sajian Utama) – Duo of Poultry Variation. Diharapkan pasukan kebangsaan akan melakukan yang terbaik di pertandingan tersebut nanti seterusnya mengharumkan nama negara.