Tarikh 8 Mac 2014, negara kita telah digemparkan dengan berita misteri kehilangan pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi tarikh tersebut. Berikutan dengan itu terlalu banyak spekulasi dan berita palsu keluar bak cendawan yang tumbuh, ada segelintir pihak yang bertindak “menghuru-harakan” keadaan dengan menyebarkan berita palsu, menjadikan berita tersebut sebagai lawak sarcasm dan membuat pelbagai spekulasi yang “mengarut”, tidak masuk akal dan tidak kena pada waktunya.
Oleh itu, semalam Polis Diraja Malaysia telah memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menyebarkan maklumat dan berita paslu juga khabar angin berhubung insiden kehilangan pesawat MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan pihaknya memandang serius terhadap perkara itu kerana ianya mampu menimbulkan kebimbangan terutama keluarga penumpang MH370.
“Hentikanlah perkara macam itu…mereka harus fikir bagaimana perasaan keluarga penumpang MH370 yang masih bersedih dengan kejadian itu,” rayunya. – Berita Harian