Burger King Malaysia telah melancarkan kempen terbaru mereka iaitu, “Ninja!” . Keunikkan, “Ninja Burger” ini terletak pada ban burgernya yang berwarna hitam.
Burger yang berinspirasi samurai jepun ini dihidangkan dalam roti ban hitam 4 inci yang ditaburi dengan bijan segar dan dilapisi dengan daging atau isi ayam enak dan limpahan sos teriyaki pekat, salad segar dan bawang besar panggang.
Selain daripada hidangan biasa (regular), pelanggan juga boleh memilih hidangan deluxe yang menawarkan pilihan Whooper dan ThenderGrill di mana hidangan ini menyajikan kuantiti yang lebih tebal. Hidangan Burger Ninja! ini juga didatangi dengan minuman ringan berperisa anggur dan kentang goreng bersaiz sedang (medium).
Selain daripada Ninja ! Burgers, Burger King juga turut memperkenalkan Burger King Ninja! Jumbo Frank. Hidangan ini pula menhidangkan dua keping hirisan ayam salai, sosej ayam jumbo dengan kemewahan sos teriyaki lazat, dan sarat dengan salad rangup dan bawang panggang yang enak serta ban panas yang lembut.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan burger dan hotdog enak ini dengan harga bermula dari RM 5.95 dalam tempoh masa terhad iaitu sehingga hujung April di semua cawangan Burger King berhampiran anda.