1.Buat persediaan awal dan jangan tergesa-gesa
Membuat persediaan awal sebelum pergi mengembara dan menaiki penerbangan boleh mengurangkan perasaan cemas dan gelisah anda. Berada dalam keadaan bersedia akan memberi kita lebih ketenangan.Misalnya, beberapa hari sebelum penerbangan, buat checklist supaya tidak ada barang yang tertinggal. Pastikan anda sampai awal juga di lapangan terbang untuk mengurangan rasa cemas anda.
2.Ketahui teori asas bagaimana kapal terbang terbang di udara.
Belajar dan ambil tahu ilmu asas bagaimana kapal terbang berfungsi dan beroperasi. Misalnya apa yang menyebabkan pergolakan, dan dari mana datangnya bunyi menakutkan semasa berlepas dan mendarat. Jadi anda tidak berfikir negatif , tidak panik dan kekal berfikiran realistik ketika menghadapi perkara-perkara seperti ini. Anda boleh mengetahui asas seperti ini melalui pembacaan dan juga bertanya pada orang yang berpengalaman.
3. Sibukkan diri dengan aktiviti dan fokus kepada perkara lain.
Daripada anda asyik berfikir tentang masa kapal terbang anda berlepas dan mendarat, lebih baik anda lakukan aktiviti kegemaran anda yang bersesuaian dan menenangkan seperti membaca majalah , mendengar muzik dan sebagainya. Alihkan perhatian anda daripada tentang penerbangan anda. Walaubagaimanapun, aktiviti seperti ini hanya digalakkan pada waktu penerbangan berada dalam keadaan tenang, dalam situasi dimana kapal terbang mengalami sedikit gegaran misalnya, jangan paksa untuk terus lakukan aktiviti tersebut, ia sebenarnya akan membuat anda bertambah gementar.
4. Pilih tempat duduk yang betul
Ruangan yang sempit dan tertutup akan memberi lebih tekanan kepada mereka yang mengalami aerophobia. Jadi sentiasa cuba untuk memilih barisan hadapan atau barisan keluar kerusi-walaupun anda perlu membayar lebih untuk kerusi ini, ia cukup berbaloi. Aisle seat juga disyorkan, kerana ia memberi anda ruang tambahan. Punya bajet yang lebih lagi? Tempat duduk kelas pertama adalah yang terbaik.
5. Berfikiran positif
Berfikiran positif dan sentiasa ingatkan diri tentang tujuan sebenar anda menaki penerbangan tersebut. Misalnya jika atas urusan kerja, fikirlah yang ianya sebahagian daripada tanggungjawab anda dalam mencari rezeki, jika untuk melancong, bayangkan” ganjaran” yang bakal anda lihat ketika sampai ke destinasi nanti. Jangan anggap ia seperti satu “beban” yang terpaksa anda lalui. Elakkan juga dari menonton filem yang menceritakan musibah di dalam kapal terbang supaya anda tidak “berfantasi liar”.
6. Berdoa
Sebagai manusia, Segala apa yang berlaku bukanlah dalam kawalan kita, jadi dengan berdoa kita akan lebih bertenang, lebih yakin dan lebih kuat. Jangan lupa untuk membaca doa naik kenderaan.
7. Elakkan minuman berkafein
Kafein akan membuatkan anda berasa bertambah gelisah dan gementar. Sebaliknya banyakkan minum air untuk dehidrasi.
8. Teknik pernafasan
Tarik nafas sedalam mungkin dan lepaskan. Perasaan gelisah boleh menyesakkan pernafasan anda juga. Keresahan meningkat, pernafasan anda boleh mendapatkan cetek – tetapi bernafas dalam adalah pelega tekanan segera. Tarik nafas perlahan-lahan dan mendalam untuk kiraan 5 atau 10.