Fenomena selfie terus merebak ke serata dunia dan rasanyalah bandar manakah paling banyak mengambil selfie? Mengambil kira #hashtag “selfie” yang digunakan di media sosial, majalah antarabangsa Time mengenal pasti penggunaan selfie paling tinggi di serata dunia.
Keputusannya, tempat pertama di mana kegemaran selfie amat tinggi adalah bandar Makati yang terletak di Manila, Filipina. Keputusan itu boleh dikatakan agak mengejutkan kerana Makati adalah sebuah bandar kecil dengan penduduk kira-kira 500,000 orang namun kegiatan selfie begitu menggila di sini berbanding di bandar besar yang lain.
Turut ada dalam senarai ialah Petaling Jaya dan George Town. Petaling Jaya berada di tangga kelima manakala George Town, Pulau Pinang menduduki tangga kesepuluh. Secara purata 141 gambar selfie diambil bagi setiap purata 100,000 orang di Petaling Jaya. Dianggarkan, 95 gambar selfie diambil daripada setiap 100,000 orang di George Town.
Berikut adalah senarai 10 bandar yang paling kerap mengambil gambar ‘Selfie’
1. Makati City dan Pasig, Philippines
2. Manhattan, Amerika
3. Miami, Amerika
4. Anaheim dan Santa Ana, Amerika
5. Petaling Jaya, Malaysia
6. Tel Aviv, Israel
7. Manchester, England
8. Milan, Italy
9. Cebu City, Philippines
10. George Town, Malaysia