Resepi ini dikongsikan oleh pembaca Wanista.com iaitu Zuliana Zainon iaitu Resepi Ayam Madu yang sedap dan enak. Semoga pembaca mencuba resepi step-by-step ini ya!
Bahan-bahan
- Ayam dibasuh dan dipotong
- 4-5 sudu Madu
- sedikit air asam jawa
- sedikit Kicap manis ABC
- Garam/gula ikut suka
- Minyak untuk menggoreng
*Bahan kisar
- 20 tangkai cili kering yang direbus dan direndam ( jika guna cili kisar biasa, rasa agak berbeza )
- 10 biji cili api
- 1/2 ibu jari halia
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
Cara-cara
1. Gorengkan ayam sehingga separuh garing dan ketepikan. ( boleh goreng dengan serbuk kunyit dan garam jika mahu ataupun goreng begitu sahaja )
2. Bahan kisar kemudian dimasukkan ke dalam kuali berisi minyak panas kemudian dibiar garing.
3. Masukkan air asam jawa dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan kicap manis ABC untuk rasa.
5. Apabila menggelegak, masukkan ayam dan gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan madu dan gaul lagi.
7. Masukkan ke dalam mangkuk dan gunakan daun bawang dan cili sebagai hiasan.