Insan terakhir yang sempat bersama dengan mendiang , Steve Irwin, atau “The Crocodile Hunter”, iaitu jurukamera Justin Lyons, baru- baru berkongsi akan detik-detik nafas terakhir ahli pemuliharaan haiwan yang berasal dari Australia itu.
Lyons mendedahkan bagaimana ikan pari yang digambarkan besar dan liar menikam Irwin “beratus-ratus kali”.
Beliau juga turut menceritakan berkataan terakhir yang sempat diucapkan Irwin adalah “I’m dying.” (Saya akan mati)
Ini adalah kali pertama Justin Lyons membuka mulut tentang perkara ini sejak tarikh beliau merakam kejadian itu di perairan cetek di utara pendalaman Queensland lapan tahun lalu.
Jurukamera itu turut menafikan yang mendiang telah mengejar dan membuat provokasi kepada ikan pari yang telah meragut nyawanya itu sebaliknya dia dan Irwin telah menemui ikan pari tersebut secara kebetulan.
Ikan pari yang bersaiz 2.4 meter itu telah menyerang kerana mungkin menyangka bayangg-bayang Irwin adalah ikan pemangsa.
Ketika momen tersebut, Lyons menceritakan yang dia telah bersedia dengan kamera dan menjangkakan akan dapat merakam shot yang menarik tetapi sebaliknya tiba-tiba ikan pari tersebut menyerang dan menikam mendiang beratus kali dalam hanya beberapa saat.
“Sewaktu rakaman, saya telah memfokuskan kamera kepada ikan pari yang telah pun berenang jauh dari situ, kemudiannya apabila memfokuskan kembali kepada Irwin, saya lihat Irwin sedang berdiri dalam keadaan berlumuran dengan darah.”
Lyons juga menafikan yang terdapat duri yang tersangkut di dada Irwin.
” Apa yang dilaporkan di media adalah bertentangan dengan kejadian sebenar. (duri ikan pari) tidak keluar, Steve tidak menariknya keluar. “Ia satu duri bergerigi dan ia telah melalui dadanya seperti mentega panas.” ujar Lyons yang ditemual dalam satu program bual bicara pagi Studio 10 di Network Ten’s .
Lyons juga berkata bahawa mendiang merasakan seperti ikan pari tersebut telah menikam paru-parunya. Kecederaan di jantung adalah sedalam dua inci .
Semua usaha perubatan dalam menyelamatkan Irwin termasuklah proses CPR yang dilakukan sempat dirakamkan tetapi tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak, Lyons juga mengakui yang dia tidak tahu lokasi pita rakaman itu sekarang berada tetapi berharap ia tidak akan ditayangkan kepada umum sampai bila pun. – Via
Mendiang Steve Irwin telah menemui ajalnya pada 4 September 2006, kira-kira lapan tahun lalu.