Semalam pihak berkuasa telah mengedarkan gambar kedua-dua orang warga Iran yang menggunakan pasport curi yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu. Salah seorang penumpang yang menggunakan pasport curi ialah warga Iran, Pouria Nour Mohammad Mehdad berusia 19 tahun. Warga Iran ini menggunakan pasport curi dari Austria ( Christian Kozel ) . Pouria datang ke negara ini pada 28 Februari dan keluar pada 9 Mac menaiki pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) MH370. Suspek dikatakan ingin ke Jerman berjumpa ibunya yang menetap di sana dan telah menaiki kapal terbang malang berkenaan.
Baru-baru ini TIME.com telah berkongsi status terkini laman Facebook Pouria iaitu “I’m safe” ( Saya selamat ) .Kemas kini status Pouria Nourmohammadi dipaparkan di halaman Facebook yang menunjukkan beliau berasa “sangat teruja.” berikutan penerbangannya yang akhirnya akan membawanya ke Jerman, di mana ibunya telah menunggu untuk membantunya untuk memulakan hidup baru.
Selain itu juga, Pouria mengemaskini status FBnya pada 24 Februari 2014 : “Oleh kerana beberapa masalah saya akan menyahaktifkan akaun saya. Kawan-kawan, serius, jika saya telah melakukan apa-apa kepada anda, saya berharap anda memaafkan saya” ( diterjemah ) . Tetapi sehingga kini, laman Facebooknya masih aktif.
Berikut adalah gambar yang dikongsikan oleh Pouria semasa berada di Malaysia di laman Facebook miliknya dan ada yang berlatarbelakangkan menara KLCC.