Aktres kontroversi Hollywood, Lindsay Lohan baru-baru ini telah menyenaraikan 36 orang lelaki yang pernah ditidurinya termasuklah beberapa nama besar dalam industri perfileman dan juga selebriti. Menurut laporan majalah InTouch, beberapa selebriti berprofil tinggi turut tersenarai termasuklah Heath Ledger, Adam Levine, Zac Efron, Justin Timberlake , James Franco, Joaquin Phoenix dan ramai lagi. Terdapat nama yang telah dikaburkan atas sebab undang-undang. Dia cuba untuk menarik perhatian rakan-rakannya dengan senarai itu di dalam sebuah kelab malam dan kemudian melemparkannya. Pada tahun 2009, satu laporan mendakwa Lohan telah berjumpa Heath Ledger sebelum kematiannya pada tahun 2008 kerana mengambil dos ubat yang berlebihan dengan tidak sengaja.
Antara nama yang tidak dikaburkan adalah Adam Levine, Zac Efron, Justin Timberlake , Joaquin Phoenix , Colin Farrell, Evan Peters , Wilmer Valderrama, Ryan Rotman, Max George, Lukas Haas, Garret Hedlund, James Burke, James Franco, Paul Charles “P.C.” Valmorbida dan Nico Tortorella.