Instagram adalah salah satu aplikasi kegemaran sepanjang masa. Gambar dan kini video, perkongsian aplikasi menjadikannya mudah untuk berkongsi gambar dan video dengan rakan-rakan dan pengikut di rangkaian media sosial.
Fotografi ketika melancong adalah salah satu perkara yang akan anda lakukan, bukan sahaja menunjukkan kemahiran fotografi anda tetapi juga dapat mengenang kembali setiap detik perjalanan anda ke sesuatu tempat yang memberikan memori indah.
Berikut adalah tips untuk mengambil gambar Instagram yang cantik dan menarik ketika melancong.
1. Orang tempatan – Sebagai contoh, menunggang basikal, menjual ikan, sekumpulan mak cik sedang menawar harga di pasar, anak kecil meminta sedekah, pak cik tua sedang minum kopi, sesuatu yang menonjolkan kehidupan seharian mereka, orang tempatan yang sedang senyum kepada anda, pak cik tua sedang menunggang beca, pelacur sedang menunggu pelanggan, berpusu-pusu orang masuk ke dalam kelab malam dan banyak lagi. Ingatan! Don’t ask people to pose!
2. Ketinggian – Segalanya kelihatan cantik dan menarik atau sekurang-kurangnya berbeza, apabila dilihat dari atas. Sebagai contoh, anda boleh cuba mengambil gambar kereta kabel ataupun laluan perjalanan kaki dari perspektif yang berbeza.
3. Belajar dari orang tempatan – Mungkin anda tidak mengetahui tempat menarik di kawasan tersebut, jadi cuba bertanya ataupun tiru cara mereka mengambil gambar. Malah, anda juga boleh ketahui spot menarik dan fotogenik di tempat-tempat anda lawati melalui hashtags, geotags oleh Instagrammers tempatan.
4. Sentiasa alert dengan panorama di luar – Sebagai contoh, setiap seni bina dan aktiviti manusia sememagnya menarik perhatian anda. Penerbangan dari China ke Eropah menampilkan panorama yang menarik, gunung-ganang di Dataran Tinggi Tibet. Jika ke Indonesia, anda boleh lihat dari tingkap kapal terbang tompokan pulau-pulau kecil yang sememangnya mengagumkan.
5. Gunakan aplikasi yang betul – Dapatkan gambar aplikasi editing hebat. Sebagai contoh, anda boleh gunakan Snapseed, Photo editing Snapseed memudahkan kerja anda. Di samping aplikasi ini penuh dengan ciri-ciri yang membolehkan anda membuat segala-galanya daripada menyesuaikan bahagian-bahagian gambar anda untuk fokus yang menarik.
6. Aksesori lensa – Sekarang ini terdapat banyak aksesori foto yang boleh membantu cara anda mengambil gambar, aksesori tambahan ini akan menarik perhatian pengikut dan membantu gambar anda untuk menonjol dari yang lain. Sebagai contoh, Olloclip, fisheye, wide-angle, macro ataupun flexible tripods.
7. Hayati sesuatu cuaca – Tema gambar anda adalah hujan, jadi cari subjek berkait dengan hujan, contohnya pantulan lopak, payung berwarna-warni, titisan hujan pada tingkap. Mungkin juga anda boleh ambil gambar langit yang sedang mendung, langit gelap, pelbagaikan cara tangkapan anda.
8. Rancang untuk dapatkan shot matahari terbit dan terbenam – Pertimbangkan bagaimana cahaya matahari berinteraksi dengan persekitaran, seperti pokok, bangunan atau air. Jika anda ingin dapatkan gambaran matahari terbit dan terbenam, rancang dan fikir tempat yang boleh anda kunjungi untuk dapatkan shot tersebut.
9. Ambil gambar yang menarik minat anda – Jika anda sukakan aktiviti di sesuatu tempat anda pergi, eksperimenkan cara
anda. Contohnya, sekumpulan masyarakat Indonesia berniaga di kaki lima setiap deretan jalan, ataupun kenderaan awam Indonesia tut tut, bangunan bersejarah dari angle yang berbeza dan pelbagai lagi.
10. Cuba ambil gambar hitam putih – Orang kata gambar hitam putih mampu memberi memori kepada sesuatu gambar itu, walaupun agak cliche tetapi tak salah mencuba.
11. Look up – Sebagai contoh, bangunan pencakar langit, pokok tinggi menjalar – mungkin anda boleh cuba dongak kepala ke atas ataupun senget untuk dapat shot fotogenik.