Baik wanita mahupun lelaki sukakan kecantikan pada diri mereka, lelaki mahu kelihatan segak kacak bergaya manakala wanita pula mahukan kulit wajah cantik berseri. Mungkin kecantikan pada wanita kita tahu tetapi lelaki, apa agaknya? Ternyata tumpuan baru mereka kepada penanaman misai dan janggut pada wajah.
Tebal, janggut penuh, misai ataupun side burn adalah matlamat mereka untuk memastikan penampilan lebih segak dan kacak. Ini mungkin merupakan rawatan baru yang menjadi trend pada masa kini, tetapi sebenarnya telah wujud selama lebih 20 tahun. Pakar, Dr Bessam Farjo berkata ramai lelaki memilih untuk melakukan prosedur menanam misai dan janggut pada wajah, mereka merasakan janggut dan misai mampu memberikan penampilan yang luar biasa.
“Majoriti lelaki mendapatkan pandangan pakar mengenai prosedur penanaman misai dan janggut pada wajah mereka dan ini sangat popular pada masa kini,” terang Farjo lagi. Mereka memilih jenis janggut dan misai yang sesuai pada wajah agar mereka kelihatan menarik dengan wajah baru.
Jumlah lelaki yang menjalani rawatan ini dikatakan telah meningkat lima kali ganda. Sama ada mereka melakukan prosedur yang sedikit ataupun penanaman janggut yang lengkap. Menurut Dr. Steven Gabel, doktor pakar dari New York City mengatakan ada lelaki yang sanggup berhabisan sebanyak $ 7000 untuk prosedur penanaman janggut dan misai.
Gabel menjelaskan prosedur untuk rawatan ini sangat teliti. Mereka akan mengeluarkan helaian rambut dengan folikel utuh dari bahagian lain badan – biasanya bahagian bawah belakang kepala. Kemudian membuat lubang kecil di muka dengan pisau 0.8-mm dan memasukkan setiap helai rambut ke tempatnya.
Jadi apa yang terlibat dalam penebalan janggut? “Bahagian yang sukar adalah sudut, anda harus memastikan sudut yang anda letak nampak semulajadi. Anda tidak mahu memasukkannya ke dalam melekat lurus keluar,” jelas Gabel.
Kos untuk menjalani rawatan penanaman misai dan janggut? CNN melaporkan prosedur mengambil masa sehari penuh dan kos sehingga $ 10,000. Walaubagaimanapun, sesiapa yang menjalani rawatan ini akan mengalami kesan sampingan seperti berlaku kemerahan dan gatal-gatal di kawasan. Difahamkan prosedur penanaman janggut dan misai di wajah tidak tahan lama, di mana pelanggan harus sentiasa berhubung dengan pakar.
Kaum lelaki anda sanggup atau tidak?