Gambar di atas telah dikirimkan seorang penumpang kereta api MRT (Mass Rapid Transit) di Singapura kepada TheRealSingapore. Menurut pengirim tersebut, gambar ini telah diambil semasa beliau pulang dari kerja dan berlaku ketika train berhenti pada garisan merah di stesyen Yishun. Lelaki tersebut dilihat menanggalkan pakaiannya dan berbogel, kemudiannya turut menyentuh bahagian kemaluannya.
Selepas itu lelaki tersebut didakwa berbaring di dalam train tersebut . Tambah mengejutkan apabila lelaki tersebut bertindak merenung beberapa penumpang wanita dalam MRT berkenaan sambil menyentuh dirinya sendiri.
Walaubagaimanapun, selepas 10 minit, petugas SMRT telah datang dan mengiringi lelaki tersebut keluar selepas menekan butang kecemasan. Menurut pengirim tersebut juga, kesemua yang berada dalam train tersebut terkejut melihat kejadian tersebut tetapi tidak berkata dan berbuat apa-apa.
Menurut laporan StraitsTimes pula, lelaki ini telah pun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.