Jika betul ura-ura mengatakan pelakon cantik Fasha Sandha hamil anak kedua, kami di Wanista ucapkan tahniah. Hal ini kerana ramai yang perasan keadaan Fasha Sandha yang dilihat tampil dengan perut semakin membesar dan mengesahkan pelakon itu kini sedang sarat hamil anak kedua.
Melihatkan gambar Fasha kelihatan berseri dengan busana serba ungu ke majlis resepsi rakannya, ramai yang beranggapan kemungkinan sedang hamil 5 hingga 6 bulan. Terdahulu, Fasha Sandha & Rizal Ashram telah dikurniakan putera sulung, Putra Rayfal Ramli pada 15 April 2013 yang lalu.