Perancis akan memperkenalkan sekatan memandu di Paris pada hari ini untuk menangani krisis pencemaran berbahaya, dan itu merupakan larangan yang pertama sejak dua puluh tahun lalu.
Menurut satu laporan di Huffington Post, udara di bandar Paris cenderung dengan pencemaran berbanding ibukota Eropah lain kerana adanya subsidi diesel Perancis dan bilangan pemandu kereta persendirian yang tinggi . Selain itu juga, cuaca cerah tanpa hujan telah memburukkan lagi masalah tersebut.
Di bawah sekatan ini, pemandu hanya boleh menggunakan kereta pada hari-hari tertentu, mengikut nombor genap atau ganjil plat kenderaan mereka. Pengangkutan awam pula adalah percuma pada hari minggu, termasuk perkongsikan basikal dan perkongsian kereta eletrik yang telah diperkenalkan pada minggu lepas. Menurut Menteri Alam Sekitar, Philippe Martin, objektif utama mereka adalah untuk memastikan keselamatan awam kerana pihak Perancis mahu mengurangkan pencemaran ini. Beliau juga memberi amaran bahawa kualiti udara itu mungkin menjadi lebih teruk pada hari Isnin.
Skim pemanduan waktu terhad telah diperkenalkan pada bulan Oktober 1997 sebagai salah satu cara untuk menangani pencemaran asap diesel berat. Ia telah berlangsung selama satu hari.
Data Pencemaran
Minggu lepas Agensi Alam Sekitar Eropah ( EEA) menunjukkan terdapat 147 mikrogram zarah (PM ) bagi satu meter padu udara di Paris – berbanding dengan Brussels iaitu 114 , 104 di Amsterdam , 81 di Berlin dan 79.7 di London.