Butik fesyen kini telah menggunakan kuasa teknologi untuk memudahkan pelanggan membeli-belah dan juga tampil up-to-date! Mendahului trend untuk mengubah persepsi terhadap selfie adalah butik Chanel yang dibuka di Regent Sreet, London, dimana gajet seperti iPad yang disambung dengan internet yang diletakkan pada dinding bilik persalinan. Ia membolehkan pembeli melihat gambar mereka mengenakan pakaian dari butik tersebut dan menambah filter inspirasi Lagerfeld sebelum berkongsi imej melalui Facebook, Twitter dan e-mel.
Terdapat juga iPad mini di rak paparan yang membolehkan pengunjung meneroka keseluruhan koleksi secara dalam talian.
Walaupun bilik persalinan berselfie itu adalah yang pertama seumpamanya, kedai-kedai lain juga menggunakan teknologi untuk menangkap perhatian pembeli dan mengubah cara mereka membuat pembelian.
Butik Burberry juga menggunakan teknologi dengan cermin interaktif yang bertindak balas terhadap mikrocip dalam pakaian pada pemakai dan menunjukkan maklumat produk, dan juga video catwalk.
Kiosk kecantikan Burberry yang dibuka baru-baru ini di Covent Garden, telah direka untuk ‘menggabungkan fizikal dan digital’. Burberry juga memperkenalkan Nail Bar digital, yang menawarkan pengalaman maya bagi pengguna yang ingin mencuba warna cat kuku terkini Burberry.
Di Harvey Nichols misalnya, cermin maya telah dipasang untuk mengimbas muka pelanggan dan boleh melakukan superimpose dengan produk yang dijual disitu untuk memudahkan pelanggan menggayakan barangan serta mengesyorkan produk yang sesuai untuk mereka.