L’Wren Scott, pereka fesyen dari Amerika yang juga teman wanita kepada Mick Jagger ,vokalis Rolling Stones , telah ditemui mati di pangsapuri New York milik beliau pada hari Isnin (semalam).
Menurut sumber, pembantu Scott mendapati pereka fesyen tersebut tergantung dari tombol pintu dengan selendang di leher beliau.
Tiada sebarang tanda-tanda pecah masuk, dan polis tidak menemui nota bunuh diri.
Pembantunya memberitahu polis bahawa Scott menghantar teks pagi Isnin semalam dengan mesej “come by” dan apabila pembantu tiba pada kira-kira jam 10:02, Scott telah ditemui mati di ruang tamu, pembantunya kemudianna bertindak untuk memanggil polis.
Pemeriksa perubatan New York akan menentukan punca kematian.
Scott dan Jagger telah menjalinkan hubungan sejak tahun 2003 lagi. Rekaan pereka fesyen tinggi lampai tersebut juga menjadi pilihan selebriti dan orang kenamaan seperti Madonna, dan juga isteri presiden Michelle Obama.