Adakah anda tertanya-tanya apa yang dicari rakyat Malaysia? Google Trend dapat memberikan gambaran sepintas lalu topik yang sedang dicari. Anda boleh melihata apa yang panas berlaku sekarang, juga boleh meneroka sejarah dan geografi topik yang sedang berkembang.
Hiburan? Apa filem yang mendapat tempat di hati penonton Malaysia? Google Trend bentangkan 5 filem yang mendapat tempat sepanjang bulan Februari 2014. Melalui infografik, dapat dilihat filem animasi Frozen mendapat tempat di hati penonton Malaysia
1. FROZEN
Sinopsis : Filem ini diinspirasi oleh cerita dongeng Hans Christian Andersen yang berjudul “The Snow Queen”. Ini merupakan filem animasi komedi pengembaraan ke-53 dari Disney. Kerja alih suara dilakukan oleh Kristen Bell, Idina Menzel dan Jonathan Groff. Apabila terdapat sebuah ramalan memerangkap sebuah negara dalam musim sejuk, Anna, seorang optimis berani, bergabung dengan orang gunung ekstremis bernama Kristoff dan pembantunya Sven, yang merupakan seekor rusa. Mereka memulakan suatu pengembaraan hebat untuk mencari ahli keluarga Anna, Elsa, “Snow Queen” dan menamatkan sihir sejuknya. Mereka bertemu raksasa genit lagenda iaitu seorang orang salji kelakar bernama Olaf. Anna dan Kristoff bertarung dengan dalam satu perlumbaan untuk menyelamatkan negara dari kemusnahan.
2. ROBOCOP
Sinopsis : Di sebuah bandar yang dipenuhi jenayah, Alex Murphy, seorang polis yang cedera parah kembali ke pasukan polis sebagai satu cyborg berkuasa bernama Robocop. Robocop mempunyai banyak memori terpendam yang menghantuinya. Robocop dikawal oleh kehendak korporat dan dia harus berdepan dengan konflik peribadinya tentang transformasi dari manusia kepada hybrid mesin. Semua ini harus diselesaikan sebelum dia memburu kuasa jahat.
3. LEGO MOVIE
Sinopsis : Emmet, satu patung mini LEGO biasa, patuh pada undang-undang dan sederhana terlibat dalam kes salah identiti. Dia dikenali sebagai patung yang paling luar biasa dan kunci untuk menyelamatkan dunia. Dia direkrut ke dalam kumpulan orang yang tak dikenali dalam perjalanan menghentikan orang zalim. Emmet tiada sebarang persediaan untuk perjalanan tersebut dan ini menjadikan proses tersebut lawak dan tiada harapan.
4. POMPEII
Sinopsis : Beberapa hari sebelum tercetusnya letusan gunung berapi, Mt. Vesuvius seorang hamba yang bekerja di atas kapal telah menuju ke Naples untuk menyelamatkan wanita yang dicintainya dan kawan baiknya yang terperangkap di dalam koliseum.
5. TRANFORMERS 4
Sinopsis : Selepas empat tahun pertarungan hebat “Transformers:Dark Of The Moon” filem robot ini kembali selepas manusia berjaya mengesan kepingan logam Autobots dan Decepticons yang menghilangkan diri daripada muka bumi ini. Walaubagaimanapun, sekumpulan ahli perniagaan dan saintis yang bijak cuba untuk belajar daripada Transformer yang lepas dan telah menolakkan mereka untuk melakukan satu kajian teknologi luar dari batasan dan kawalan yang mana akhirnya satu kisah purba, ancaman kepada Transformer berkuasa meletakkan bumi di dalam bahaya. Kisah epik dan pertarungan antara kejahatan dan kebaikan serta kebebasan.