1. Wang tunai dan dompet
Sudah tentu duit merupakan item paling penting. Kalau anda keluar tanpa ada ringgit di tangan, banyaklah kesusahan yang bakal anda hadapi nanti. Kad debit dan kredit juga termasuk dalam item ini. Membawa wang tunai terlalu banyak boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan anda namun jika tidak membawanya langsung pun susah juga kerana kebanyakan urusan jual beli memerlukan transaksi lebih RM 50 untuk penggunaan kad kredit atau debit.
2. Alat mekap
Termasuk dalam antara item wajib bawa dalam tas tangan bukan bermakna anda perlu membawa set lengkap alat mekap anda. Bedak kompak dan gincu atau salap bibir sudah memadai untuk tujuan touch-up semula selepas seharian bekerja atau pun setiap kali lepas solat.
3. Produk feminin
Sebagai wanita, seharusnya anda harus peka akan tarikh kitaran anda datang bulan. Tetapi kadang-kadang boleh jadi tarikh tersebut akan menjadi lebih awal ataupun lambat sehari dua daripada kebiasaan. Jadi lebih baik sentiasa sediakan sekurang-kurangnya satu tuala wanita dalam tas tangan anda. Anda juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk sentiasa membawa panty liner dan juga pembersih wanita.
4. Telefon bimbit
Telefon bimbit merupakan satu keperluan penting untuk tujuan komunikasi yang lebih mudah. Jadi jangan sesekali tertinggal telefon bimbit anda di rumah.
5. Kaca mata hitam
Ini item penting yang selalu diabaikan oleh wanita. Kaca mata hitam penting untuk melindungi mata daripada sinaran UV dan aksesori yang menjadikan penampilan anda lebih bergaya . Anda mungkin keluar rumah pada waktu pagi atau ketika sinar matahari belum memuncak, jadi inilah alasan mengapa anda perlu sentiasa membawanya dalam beg tangan anda.
Tidak perlu banyak, sediaka ubat-ubatan yang anda perlukan bergantung kepada tahap kesihatan anda. Misalnya pain killer dan ubat gastrik dan minyak cap kapak. Kadang-kadang kita tidak boleh menjangka bila kita akan jatuh sakit.
7. Sanitizer/losyen
Berada di tempat awam akan mendedahkan risiko terhadap jangkitan kuman. Apabila berada di luar rumah, mungkin sedikit leceh untuk sentiasa membersihkan tangan anda .Sabun yang disediakan juga mungkin tidak begitu berkualiti. Jadi sanitizer lebih praktikal dan pantas. Jika anda mempunyai kulit kering, anda juga boleh mempertimbangkan untuk membawa losyen. Pilih losyen jenis gel untuk pengeringan yang lebih pantas dan tidak melekit.
8. Kunci
Kebiasannya anda akan membawa kunci kereta dan kunci rumah. Antara perkara paling menjengkelkan adalah mencari kunci dalam beg anda. Jadi simpan kunci di tempat yang tetap dan mudah dicari. Alternatif lain, ikatkan kunci menggunakan satu tali kecil ikat juga di zip bag anda (boleh gunakan tali kasut atau riben panjang).
9. Snek/ gula-gula
Kandungan gula dalam coklat dan gula-gula mampu memberi tenaga segera kepada anda ketika anda tidak sempat untuk pergi makan.Selain itu, gula-gula berperisa pudina juga boleh membantu menyegarkan semula nafas anda.
10 .Tisu / sapu tangan
Item ini tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Ini adalah item multi-guna yang penting ketika on-the -go. Walaupun ada tisu yang disediakan di tandas dan kedai makan, lebih baik jika anda masih membawanya sendiri kerana anda tidak dapat menjangka bila gincu anda akan bersememeh, bila air akan tertumpah ke badan anda dan pelbagai lagi “kemalangan” yang memerlukan tisu sebagai penyelamat keadaan.