Siapa kata negara maju dan moden tidak mengamalkan diskriminasi agama? Amerika mungkin salah satu besar dunia, akan tetapi pemikiran masih cetek dan terlalu paranoid.
Menurut laporan New York Post yang berpangkalan di Amerika, sebuah keluarga Islam yang berasal dari Long Island telah menyaman pemilik Bangunan Empire State sebanyak RM15 juta atas dakwaan mereka telah dimalukan di khalayak ramai oleh pihak keselamatan bangunan kerana telah dihalang untuk bersolat di situ. Fahad dan Amina Tirmizi daripada Farmingville memfailkan saman di mahkamah persekutuan Manhattan terhadap pemilik dan pengurus mercu tanda itu iaitu Malkin Properties, dan syarikat keselamatan Andrews International Inc dan lain-lain , dengan berkata hak sivil mereka telah dicabuli 2 Julai lepas apabila mereka mendakwa ” diserang, didera dan dihalau ” dari dek peninjau ketika cuba untuk bersolat sekitar 11 malam.
Saman itu ada tertulis mengenai Fahad Tirmizi, 32 , dan isterinya yang berusia 30 tahun telah diadili secara berat sebelah hanya kerana “mereka adalah orang Islam, memakai pakaian tradisional Islam , dan / atau bersolat”. Ketika dihalau dari dek pemerhatian, pasangan itu datang bersama dua anak kecil mereka dan anak-anak mereka trauma melihat kejadian tersebut.
Menurut peguam pasangan terbabit, pihak defendan tidak mempunyai dasar,amalan, prosedur dan / atau peraturan yang adil, sama ada secara tersurat dan tersirat dalam menyekat pelanggan daripada menjalankan kepercayaan agama mereka di Bangunan Empire State dan di kawasan dek tinjau.
Keluarga itu telah melawat dek peninjau di bahagian luar yang berada di tingkat 86 bangunan berkenaan dan mereka ingin bersolat di kawasan yang terlindung dan jauh dari orang ramai supaya tidak mengganggu pelancong lain. Walau bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan dengan kasar dan suara yang kuat telah menghalang mereka berbuat demikian. Dia dan pengawal lain kemudian memberitahu seluruh keluarga itu untuk meninggalkan kawasan itu dengan segera dan diiringi secara paksa ke kawasan lif , turun ke lobi dan keluar dari Bangunan Empire State sepenuhnya. Hasil daripada kelakuan tersebut , keluarga itu telah diaibkan , dihina dan dimalukan di hadapan orang ramai dan juga anak-anak mereka.