Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac. Sudah tiba masanya untuk wanita membina rangkaian, menyusun strategi dan bergerak; dan menunjukkan kehadiran, suara, dan visi pada dunia. Untuk wanita membina visi cemerlang, sudah semestinya penggunaan teknologi tidak boleh diabaikan. Teknologi bukan sekadar tentang telefon pintar sahaja, tetapi ia adalah untuk memperkasakan wanita dan menyediakan penyelesaian yang praktikal untuk kaum hawa. Kami ingin berkongsi kisah inspirasi mengenai wanita yang menggunakan teknologi dalam kehidupan mereka. Mereka bijak mengatur masa demi menggapai impian dan mengimbangi masa dengan keluarga.
Kami telah menemuramah Choo Mei Sze yang merupakan seorang usahawan di Personedge, calon PhD , kolumnis dan juga hos pengacaraan.
1. Bolehkah anda berkongsi dengan kami serba sedikit mengenai diri anda, pendidikan dan latar belakang pekerjaan anda?
Secara jujurnya, apa yang saya lakukan sejak saya mula belajar amat berbeza jika dibandingkan dengan sekarang. Sejak saya berumur 16 tahun, saya terlibat dalam kerja kebajikan seperti membantu sebuah rumah anak yatim untuk kanak-kanak terbiar dan didera, dan mendengar beberapa kisah ngeri daripada kanak-kanak ini yang tidak boleh membesar secara normal selepas pengalaman buruk mereka itu. Oleh kerana itu jugalah saya bertekad bahawa tujuan saya dalam hidup adalah untuk membantu kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan mental yang membawa saya untuk mengkaji lebih dalam dalam bidang psikologi.
Saya sudah mendapat sarjana dalam bidang psikologi seawal usia 22 tahun dari Universiti Hawaii di Manoa dan kini saya sedang menyiapkan PhD saya dalam pengkhususan yang sama. Pada masa yang sama, saya juga seorang pemilik perniagaan PersonEdge yang merupakan syarikat strategi dan pengurusan media sosial dan juga anak syarikat Lowyat.Net. Saya berpeluang mengembangkan perniagaan saya dengan peluang PersonEdge kerana saya adalah seorang blogger ( Meisze.com ) yang sebelum ini berpangkalan di Amerika Syarikat, dan apabila kembali ke Malaysia untuk melakukan penyelidikan, banyak syarikat menghubungi saya untuk membantu menulis bagi pihak jenama mereka serta menjadi rakan kongsi. Penggunaan media sosial untuk mempromosikan jenama amat berkesan dan kini saya boleh menarik nafas lega apabila syarikat saya berjaya bekerjasama dengan syarikat seperti Yes 4G, Ebay, Nokia dan lain-lain. Selain itu juga saya merupakan kolumnis untuk MYC dan the Sun.
Matlamat utama saya adalah menggunakan media untuk mendekati rakyat dan membuka mata masyarakat mengenai isu-isu psikologi yang melanda remaja terutamanya di Malaysia.
2. Bagaimana anda menguruskan masa antara impian anda sendiri, minat, masa yang berkualiti dengan keluarga dan gambarkan bagaimana bantuan teknologi anda untuk mencapainya?
Terus terang saya katakan, mengimbangi dan membahagi masa untuk pekerjaan, keluarga dan masa berkualiti untuk diri sendiri bukan mudah. Mujur saya mendapat bantuan teknologi iaitu telefon pintar Nokia Lumia 1020. Dengan telefon pintar inilah saya berkomunikasi dengan keluarga, pelanggan dan membuat kerja secara ‘on the go‘ dengan bantuan aplikasi Microsoft Office. Di samping itu, ia membolehkan saya mengambil gambar yang menakjubkan bagi mendokumentasikan hidup saya kerana kualiti gambar telefon ini adalah 41 megapiksel. Jadi saya boleh berkongsi dengan pembaca saya dan juga pengikut saya di mana sahaja. Tanpanya, saya tidak fikir saya boleh melakukan banyak perkara pada satu masa!
3. Bolehkah anda nama seseorang yang telah menjadi inspirasi anda sehingga anda berjaya seperti sekarang?
Sudah tentu ibu saya. Beliau merupakan tonggak kekuatan hidup saya dan sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bagi di saat saya sedih dan gembira. Tanpa dia, saya tidak fikir saya akan dapat melalui 6 tahun kehidupan saya di Hawaii kerana hidup saya di sana adalah hanya memberi tumpuan kepada akademik dan penyelidikan yang boleh membuatkan fikiran dan emosi terganggu.
4. Bolehkah anda berkongsi dengan kami aplikasi mudah alih yang anda sering digunakan dalam peranti pintar anda, dan bolehkah anda memberitahu kami mengapa anda menggunakan aplikasi ini secara kerap?
Boleh. Saya menggunakan aplikasi 6tag kerana ia adalah versi yang lebih bagus daripada Instagram kerana anda boleh membuat kolaj gambar, menambah filter gambar dan berkongsi serta-merta di Instagram dengan pengikut saya. Selain itu juga, saya menggunakan Twitter untuk membaca berita terkini, Microsoft Office untuk melakukan kerja semasa ‘on the go‘, One Note untuk menulis nota dan aplikasi Airasia kerana saya sentiasa mengembara dan perlu membuat tempahan tiket di mana jua saya berada. Tidak lupa applikasi wechat untuk berhubung dengan pelanggan dan rakan-rakan.
5. Pada pendapat anda, adakah anda rasa penting bagi wanita mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai teknologi terkini? Mengapa anda fikir begitu?
Ya, sudah tentu .. bukan kerana saya meneraju sebuah syarikat yang menggunakan media sosial sebagai platform utama perniagaan tetapi setiap wanita perlu tahu mengenai maklumat dan berita terkini. Selain itu juga teknologi terkini mempunyai aplikasi yang boleh membantu wanita dari segi keselamatan.
6. Apakah nasihat terbaik yang anda boleh kongsikan dengan pembaca kami?
Sebagai seorang wanita, anda jangan selalu merasa rendah diri dan elakkan berfikir yang anda tidak dapat menandingi seorang lelaki dari segi intelek, emosi, dan lain-lain. Anda perlu tahu bahawa anda boleh mencapai impian anda dan perlu ingat bahawa setiap orang yang berjaya pasti mempunyai rintangan. Tetapi untuk benar-benar berjaya, anda hanya perlu mengatasinya, belajar daripadanya dan terus mara kehadapan.