MINI Malaysia baru-baru ini memperkenalkan MINI Cooper dan MINI Cooper S generasi ketiga. Varian terbaharu itu mengekalkan aspirasi model terdahulu yang menjadi jenama kereta kompak premium paling menarik di dunia. Penambahbaikan signifikan dilakukan kepada semua aspek seperti keseronokan pemanduan, kualiti premium dan keupayaan yang terus menyerlahkan gaya MINI yang tidak dapat ditiru. MINI edisi baharu ini mengetengahkan ciri rekaan utama, enjin-enjin generasi baru untuk meningkatkan keseronokan memandu serta kecekapan, di samping teknologi perhubungan dan fungsi yang inovatif.
Menawarkan kualiti premium, serta yang terbaik dari segi prestasi dan kecekapan, MINI baharu kini menampilkan keseimbangan yang lebih optimum di antara keseronokan memandu dan penjimatan bahan api. Semua varian kini dilengkapi Teknologi Turbo MINI TwinPower bagi menyerlahkan lagi kualiti pemanduan seperti go-kart yang sememangnya sudah menjadi tanda dagang buat MINI. Sementara pengenalan transmisi automatik enam kelajuan sebagai satu ciri standard pula pasti menyumbang kepada peningkatan kecekapan menerusi pengurangan berat dan kelancaran penukaran gearnya.
Reka bentuk luaran MINI juga telah diperhalusi secara evolusionari bersama penampilan berkuasa yang ditambah baik bagi mengukuhkan lagi karekter sporty MINI baharu. Kereta ini sekarang ditawarkan dalam dua varian MINI Cooper – MINI Cooper dan MINI Cooper Chilli, selain dua varian untuk MINI Cooper S – MINI Cooper S dan MINI Cooper S Wired.
MINI Cooper dan MINI Cooper S boleh didapati dalam sepuluh warna berbeza dengan penambahan warna-warna MINI baharu iaitu oren (Volcanic Orange), kelabu (Moonwalk Grey), merah (Blazing Red), biru (Deep Blue) dan kelabu (Thunder Grey) yang eksklusif untuk varian MINI Cooper S sahaja. Manakala bahagian bumbung, perumah cermin sisi dan jalur pada bonet ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu putih atau hitam
Jentera ini boleh didapati di semua lapan pengedar MINI di seluruh negara pada acara MINI Weekend yang bakal berlangsung pada hujung minggu 12 dan 13 April 2014.