Jenama terkemuka H & M kini mengumumkan dua lagi cawangan baru butik mereka di Malaysia . H&M bakal dibuka di Hatten Square Melaka , serta 1 Mont Kiara Mall di Kuala Lumpur.
Terletak di tengah-tengah pinggir bandar Kuala Lumpur , butik dua tingkat H & M di 1Mont Kiara Mall mempunyai ruang dengan keluasan 15,000 kaki persegi. Manakala cawangan di Hatten Square, Melaka meliputi seluruh tingkat syurga membeli-belah itu pada 20,000 kaki persegi .Kedua-duanya dijadualkan akan dibuka pada musim panas ini.
Cawangan baru tersebut akan menawarkan pelbagai trend fesyen terkini untuk lelaki, wanita , remaja dan kanak-kanak. H & M di Hatten Square juga akan memperkenalkan rangkaian baru H & M Sport , konsep jenama untuk lelaki dan wanita yang akan menawarkan keselesaan dan gaya trendy ketika aktiviti bersenam.
Sejak pembukaan cawangan pertama pada tahun 2012, H & M pada masa ini mempunyai 8 cawangan butik di Malaysia. Menunjukkan perkembangan yang pesat, H&M mementingkan dalam operasi dan jenama ini terus berkembang dengan pesat dari segi ekonomi , alam sekitar dan sosial.