Oral-B melancarkan “Rethink Your Mouth” – kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kebersihan mulut. Pakar penjagaan mulut Oral-B telah melancarkan kempen “Rethink Your Mouth” bagi meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan mulut sempurna dengan memberus gigi, memflos dan membilas dengan betul agar dapat meningkatkan kualiti hidup serta senyuman yang menarik dan meyakinkan. Memiliki keyakinan terhadap kebersihan mulut adalah penting agar dapat berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik untuk kualiti kehidupan yang lebih sempurna.
Sehubungan dengan kempen “Rethink Your Mouth” Oral-B telah melancarkan aplikasi Facebook untuk anda berpeluang menyaksikan Lisa Surihani selaku duta Oral-B di laman Facebook anda. ‘Like’ dan kongsi aplikasi Facebook Oral-B ini untuk menyebarkan mesej betapa pentingnya kesihatan mulut yang memerlukan perlindungan terbaik – melalui kaedah Berus, Flos dan Bilas!
Mulakan langkah dengan berus gigi Oral-B Pro-Health Clinical Pro-Flex mempunyai sisi yang fleksibel untuk membersihkan kawasan plak sering terkumpul. Inovasi ini menanggalkan sehingga 93% plak di kawasan yang sukar dicapai**. Berharga RM14.70.
Oral-B Glide Pro-Health Floss memiliki teknologi unik untuk pembersihan sempurna. Ia memberi perasaan yang dingin dan bersih setiap kali anda memflos. Ia juga kuat dan tahan carikan dengan lapisan lilin semulajadi untuk cengkaman yang baik.
Oral-B Pro-Health Tooh & Gum care Mouth Rinse mempunyai tindakan 2-dalam-1 untuk melawan kaviti dan menyegarkan bau mulut. Ia adalah bebas alkohol dan sesuai untuk semua golongan terutamanya yang memiliki gigi dan gusi yang sensitif. Oral-B Pro-Health Rinse mengandungi flourida untuk melawan kaviti dengan lebih efektif berbanding dengan hanya memberus. Ia juga mengandungi Cetyl-pyridinium Chloride, bahan yang terbukti secara klinikal untuk mengurangkan pembentukan plak. Dijual dengan harga RM19.90.