Tanggal 8 Mac 2014 merupakan tragedi misteri kehilangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang termasuk krew kabin, sehingga ke hari ini misi mencari masih diteruskan.
Hari ini, peranan Kotak Hitam amat penting dalam membantu mengetahui punca nahas kapal terbang, seperti yang dilihat oleh penemuan kotak hitam dalam kemalangan kapal terbang Mexico yang mengorbankan empat belas orang penumpang termasuk Menteri Pedalaman Mexico pada 4 November, 2008.
Akhbar melaporkan hanya tinggal 18 hari untuk kotak hitam pesawat itu terus hidup sebelum kehabisan baterinya. ABC News melaporkan pasukan mencari dan menyelamat perlu segera mencari kotak hitam itu yang hanya mampu bertahan untuk memberikan isyarat selama 30 hari. Laporan tersebut mengatakan, kotak hitam itu sudah kehilangan tiga daripada jangka hayat baterinya sejak pesawat MH370 hilang.
Tahukah anda apa itu kotak hitam yang diperkatakan selama ini?
- Tahun 1956, seorang jurutera Australia, Dr David Warren dari Pusat Penyelidikan Penerbangan di Melbourne, menghasilkan perakam penerbangan prototaip dikenali sebagai Unit Memori Penerbangan ARL(ARL Flight Memory Unit).
- Kotak hitam atau black box merujuk kepada beberapa alat rakaman dalam bidang pengangkutan.
- Perakam data penerbangan (flight data recorder-FDR) dan perakam suara kokpit (cockpit voice recorder-CVR) dalam pesawat terbang.
- Kotak hitam ini diletakkan di bahagian ekor pesawat.
- Satu daripada Kotak Hitam berfungsi sebagai pengumpul data yang boleh mengesan segala tindakan yang dilakukan oleh juruterbang menggunakan sistem pesawat setelah enjin dihidupkan.
- Manakala satu lagi berfungsi untuk mengesan bunyi. Ia akan merakam segala bentuk bunyi yang ada di dalam ruang juruterbang.
- Kotak Hitam juga direka khas dengan daya tahan lasak, serta mampu berfungsi dengan baik walaupun tenggelam ke dalam laut yang dalam.
- Kenapa warna oren? Hal ini kerana untuk memudahkan pencarian jika pesawat itu mengalami kemalangan.
- Menurut syarikat yang mengeluarkan kotak hitam, alat itu direka supaya dapat dicari semula sehingga 30 hari selepas berlakunya kejadian tidak diingini, mengikut syarat ditetapkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA).
- Kotak hitam biasanya berupaya menjawab segala persoalan serta spekulasi kejadian menimpa sebarang pesawat.
- Semua pesawat wajib dilengkapi kotak hitam yang terdiri daripada perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR).
- Setiap FDR dan CVR pula dipasang peranti dikenali sebagai Underwater Locator Beacon (ULB) yang akan diaktifkan jika pesawat terhempas dalam air.
- Peranti diaktifkan sebaik sahaja perakam bersentuhan dengan air sehingga kedalaman sedalam 14,000 kaki.
- Ia juga dapat beroperasi antara -55° sehingga +70°C dan ia boleh membawa sekurang-kurangnya 25 jam data penerbangan.
Sekiranya kotak hitam terbabit tidak dapat ditemui selepas hayat bateri tamat, operasi SAR akan menjadi agak sukar memandangkan kawasan pencarian kini seluas Australia. Walaubagaimanapun, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut memaklumkan bahawa pasukan penyiasat Air France yang terlibat dalam Air France 447 turut berkongsi pengalaman mengenai kotak hitam.
“Penyiasat Air France turut berkongsi maklumat mengenai alat khas bagi mengesan kotak hitam. Kami sudah mengenal pasti alat berkenaan yang mungkin dapat membantu. Kita perlu cari pesawat dulu untuk mendapatkan kotak hitam,” katanya.
Alat Mencari Kotak Hitam
Alat Towed Pinger Locator 25 (Pengesan Isyarat Kotak Hitam) yang akan digunakan oleh pasukan mencari dalam usaha untuk mengesan kotak hitam MH370.
Alat ini mempunyai hidrofon yang sensitif sehingga mampu mengesan isyarat ‘ping’ yang dikeluarkan oleh kotak hitam pada kedalaman 20,000 meter.