Terkini, seorang pelajar perubatan dari Amerika Syarikat berumur 27 tahun kini menjadi topik hangat kerana dia bakal menjual kesucian atau daranya di internet tidak lama lagi. Wanita tersebut yang menggunakan nama samaran Elizabeth Raine akan melelong daranya dengan harga £ 240,000 ( RM1.3 Juta ) di dalam talian bermula 1 April 2014.
Pelajar itu juga menjanjikan temujanji istimewa selama 12 jam bersama pembida tertinggi sebelum memberikan kesuciannya pada lelaki ‘bertuah’ itu. Selain itu juga Elizabeth akan mendermakan 35 peratus daripada wang yang diterima untuk sebuah badan amal yang membantu memberikan pendidikan kepada wanita di negara-negara membangun.
Di dalam blog peribadinya ada tertulis mengenai sebab-sebab utama dia melelong kesucian dirinya selain wang iaitu keseronokan, erotisme dan eksplorasi. Elizabeth berkata hanya beberapa kawan rapat sahaja yang tahu identiti sebenarnya dan dia tidak bercadang untuk mendedahkannya kepada umum.
Pada tahun lepas seorang model dari Brazil telah mengumumkan rancangan untuk melelong kesuciannya kepada pembida tertinggi – untuk kali kedua. Catarina Migliorini , 21, menjadi terkenal di seluruh dunia pada tahun lepas apabila dia menyatakan hasrat untuk menjual keperawanannya kepada seorang jutawan Jepun, hanya dikenali sebagai Natsu , untuk £ 480,000. Walau bagaimanapun Catarina berkata yang dia tidak menerima wang itu dan tidak mengadakan hubungan seksual dengan Natsu.
Dia juga menuduh pembikin filem Australia Justin Sisely yang sengaja mengadakan publisiti untuk rancangan dokumentari Virgins Wanted. Membincangkan keputusan untuk melelong kesuciannya untuk kali kedua ,Catarian berkata dia berharap untuk menerima tawaran sekurang-kurangnya RM4 Juta melalui laman web menjual dara.
Ramai yang mengkritik tindakan wanita masa kini yang menjadikan kesucian diri mereka sebagai barang niagaan dan dipandang negatif dari segi moral. Ini bukan perkara baru kerana sebelum ini sudah terdapat ramai gadis yang menjual dara untuk mendapatkan wang. Ia seolah-olah salah satu bentuk pelacuran yang kononnya nampak suci. – MetroUK