Penangan selfie boleh dikatakan terus merebak, sedang sibuk merompak dan mencuri pun boleh sempat selfie. Hal ini terjadi kepada Ashley Keast yang merompak sebuah rumah di Rotherham pada September tahun lalu, dia telah mengambil selfie menggunakan telefon dengan kad SIM dicuri dan entah bagaimana berjaya untuk menyiarkannya pada WhatsApp, di mana rakan-rakan mangsa melihat dan menghubungi polis.
Perompak muda berusia 25 tahun yang berasal dari Norfolk Court telah mencuri mencuri £ 27,000 (RM123,173) barangan bernilai namun ditahan di rumah keesokkan harinya. Minggu ini dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan lapan bulan selepas mengaku rompakan.