Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) semalam mengesahkan menerima maklumat daripada satelit tentang penemuan dua objek terapung di Lautan Hindi.
Namun demikian Pegawai AMSA John Young menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Setakat ini, laporan menyatakan bahawa objek tersebut masih belum lagi ditemui, pencarian semalam mendapat sedikit halangan berikutan cuaca buruk. Pencarian tersebut bagaimanapun disambung semula pada hari ini.
Pasukan pencari membabitkan lima pesawat dan sebuah kapal dagang Norway yang pertama tiba di lokasi, tidak menemui apa yang dikatakan dua serpihan daripada pesawat MAS yang membawa 239 penumpang dan kru itu.
Pengumuman penemuan objek oleh Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, di Parlimen negara itu dianggap sebagai petunjuk kukuh dan memberi sedikit harapan.
Menteri Pertahanan Australia David Johnston menyifatkan pencarian tersebut adalah sesuatu yang terlalu kompleks dan akan mengambil masa sekurang-kurang dua ke tiga hari untuk membuahkan sebarang hasil. Beliau juga menyifatkan kawasan tersebut sebagai “ Bahagian yang paling terpencil di dunia” Johnston memberikan jaminan yang pihaknya akan memberikan usaha yang terbaik dalam misi ini.
Aset yang terlibat dalam carian termasuk Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) P3 Orion, pesawat Tentera Laut AS P8 Poseidon dan Royal New Zealand Air Force P3 Orion.Secara keseluruhan , empat pesawat RAAF Orion AP -3C telah ditugaskan untuk tugas carian diselaraskan AMSA.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penemuan objek yang dikesan satelit komersial Australia itu dianggap petunjuk kukuh, tetapi belum dapat disahkan. Jika pencarian tersebut berjaya, ujian perlu dibuat terlebih dahulu untuk memastikan ianya serpihan MH370.
Menurut Hisyamudin , antara langkah lain yang sedang diusahakan adalah pencarian kotak hitam.Pendekatan tersebut dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan pakar dariFrench Civil Aviation Safety Investigation Authority(BEA).
“Saya nyatakan semalam bahawa langkah seterusnya adalah untuk mencari kotak hitam. Mengambil pengalaman kes Air France 447, walaupun mereka tahu di mana lokasi itu dan terdapat serpihan, ia mengambil masa dua tahun untuk mereka menemui kotak hitam.