Yoga, weight -lifting, cardio antara jenis senaman yang membosankan. Tetapi menari sama sekali berbeza, berada dalam bilik yang luas dan mula menari ikut irama muzik, bukankah ia sesuatu yang menghiburkan, rasa enjoy menari di samping misi anda mengurangkan berat badan.
1. ZUMBA DANCING
Satu bentuk tarian yang paling popular dalam masyarakat moden – Zumba. Ia bukan tarian tetapi lebih kepada program kecergasan aerobik yang menggabungkan pergerakan tarian dengan irama muzik Latin. Dicipta oleh Boto Perez – seorang penari dan koreografer yang berpangkalan di Miami – Istilah “Zumba” datang dari perkataan Columbia yang bermaksud “untuk bergerak pantas dan berseronok”.
2. BALLET
Kita ketahui tentang ballet dalam filem Black Swan. Ia adalah satu cara yang baik untuk meningkatkan fleksibiliti anda dan ia juga menguatkan belakang, abs, pinggul, dan paha. Malah, ia adalah salah satu rutin tarian yang anda boleh berlatih semasa mengandung juga.
3. HIP HOP
Hip hop merupakan salah satu tarian yang memerlukan tenaga yang tinggi, menghiburkan juga tidak terikut mana-mana peraturan. Di samping membantu anda mengurangkan berat badan. Bila anda menari hip hop anda seperti berada dalam dunia lain. Kiranya anda nampak cool bila menari hip hop.
4. BELLY DANCING
Belly dancing adalah antara jenis lebih popular tarian yang membantu anda mengurangkan berat badan. Walaupun ia tidak begitu bertenaga seperti bentuk tarian lain, belly dancing tetap mempunyai kebaikannya. Bagi mereka yang berminat untuk pergerakan kurang kuat dan lebih suka pendekatan lebih lembut untuk tarian mereka, belly dancing adalah alternatif yang menarik.
5. SAMBA
Samba membantu anda mengurangkan berat badan. Dengan semua langkah tarian seperti lompatan membantu memberikan pinggang langsing. Tarian Samba dari Brazil yang melibatkan otot paha, abs, dan glutes berkesan untuk keseluruhan tubuh badan.
6. JAZZ
Satu lagi ciptaan dunia moden adalah Jazzexercise – rutin kecergasan yang mungkin mempunyai sedikit persamaan dengan tarian jazz klasik. Jazzexercise lebih tertumpu kepada pergerakan nada dan menguatkan badan dan boleh dikatakan sama seperti senaman cardio yang diiringi beat.
7. SALSA
Kelainan pada salsa ialah anda memerlukan teman menari, mungkin anda boleh serta dengan suami, rakan ataupun teman lelaki. Salsa menyeronokkan di samping mengurangkan berat badan adalah matlamat utama.
8. HOOP DANCING
Teringat kepada zaman kanak-kanak di mana kita bermain gelung, kali ini cuba tambahkan irama pada senaman gelung anda. Mulankan dengan asas sehingga anda dapatkan beat yang betul. Jika diamalkan ia dapat bakarkan kalori anda.
9. POLE DANCING
Cara yang baik untuk membakar lemak salah satunya dengan pole dancing. Pembelajaran pergerakan tarian yang betul membantu anda berasa selesa di sekeliling tiang, ianya juga menjadikan anda lebih seksi.