Diam tak diam, penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain kini tampil dengan buah tangan terbaru. Kalau sebelum ini beliau sibuk mempromosikan produk kecantikan iaitu B.Lift dan B.V by Ziana Zain, tetapi kali ini beliau berkolaborasi dengan pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini dan menampilkan koleksi eksklusif ZZ by RR ( Ziana Zain by Rizman Ruzaini ). Pakaian yang menggunakan rona warna hitam putih ini sesuai untuk semua lapisan umur dari remaja hinggalah golongan ibu-ibu dan rekaan tampak amat sofistikated.
Terdapat blaus, seluar palazzo, skirt, dress labuh dan pelbagai lagi produk dengan harga bermula RM179 hingga RM629 bergantung kepada jenis fabrik. Bagi peminat setia Ziana Zain, sudah pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan koleksi pakaian ekslusif dan terhad ini.
Berikut adalah pilihan peribadi Wanista.com.