Selama ini agensi model di seluruh dunia hanya mengambil individu yang kurus dan tinggi sahaja tanpa kisah akan personaliti, tetapi sebuah agensi baru di United Kingdom berjaya mengubah persepsi tersebut.
Pengasas Anti-Agency, Lucy Green dan Pandora Lennard terpanggil untuk mengubah syarat dan peraturan yang ditetapkan berkurun lamanya itu. Sebagai pengasas, mereka telah mengadili setiap peserta yang datang untuk casting berdasarkan pada personaliti bukannya ketinggian mahupun berat badan seseorang. Mereka mahukan keadilan bila mengadili setiap peserta yang datang ke agensi itu.
Proses pemilihan dan tempahan di agensi mereka juga berbeza dengan agensi lain. Mereka tidak perlukan portfolio atau koleksi gambar untuk setiap rekaan yang dikenakan, tetapi mereka hanya perlu datang dan menjual diri sendiri. Kadang-kala individu yang punya rupa paras yang elok tetapi pemalu dan tidak pandai berkomunikasi juga menyusahkan kerja mereka lagi. Malahan juga, jika hanya membuat tempahan berdasarkan kepada gambar yang diberikan klien tanpa berjumpa juga susah bagi mereka. Jadi, personaliti seseorang itu penting untuk mengetahui sejauh mana mereka bersungguh untuk memasuki industri ini.
Model Di Anti-Agency