Tahukah anda tidak mendapatkan tidur yang betul boleh membuatkan anda naik berat badan. Oleh itu, menerusi acara Hari Tidur Sedunia 2014 membawa anda kepada kesedaran dan kepentingan mengenai tidur dalam kehidupan seharian disamping untuk kesihatan. ‘Sleep Mob’ pertama di Malaysia yang mengetengahkan orang awam mengambil bahagian dalam aktiviti tidur secara besar-besaran.
Acara yang dibawakan oleh jenama suplemen semula jadi tidur, Rilax Zzz berjaya menggalakkan kesedaran tentang pentingnya tidur. ‘Sleep Mobbers’ yang turut serta dalam acara itu dikehendaki memakai baju tidur, selipar bilik tidur, membawa bantal, selimut, anak patung berada di Ground Floor Promenade, 1 Utama Shopping Centre , di mana semua orang berkumpul dan mengambil bahagian dalam acara tidur besar-besaran.
Acara ini secara tidak langsung menyebarkan kesedaran tentang pentingnya tidur yang cukup, malahan juga mendapat tidur yang cukup boleh membantu menjadikan pembelajaran anda lebih cekap malah kehidupan seharian berjalan dengan baiknya.
Ketua Pegawai Eksekutif LiveLife Sdn Bhd berkata kami mahu menyebarkan kesedaran tentang hakikat bahawa mendapatkan tidur yang sihat juga cukup membawa kepada kesihatan secara keseluruhan, dan adalah sama pentingnya dengan faktor-faktor kesihatan lain seperti diet dan senaman.