Pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib malam tadi berkenaan penerbangan MH370 yang disahkan berakhir di Lautan Hindi turut mendapat perhatian pemimpin daripada negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah menyatakan kesedihannya melalui akaun Facebook rasmi miliknya.
Presiden republik Indonesia juga turut menghantar tweet menyatakan perasaan dukacitanya kepada Dato’ Sri Najib
Tidak ketinggalan, beberapa pemimpin Malaysia juga turut melakukan hal yang sama. Antaranya, Dato’ Paduka Mukriz Mahathir, Lim Kit Siang, Datuk Seri Panglima Hishammuddin Hussein dan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi