Anda ingin nampak cantik di mata jejaka impian anda? Hanya ada satu langkah mudah! Menurut kajian yang dilakukan di Wales baru-baru ini, ramai lelaki lebih tertarik dengan wanita yang memakai solekan 40 peratus kurang daripada solekan biasa mereka. Jadi cuba jauhkan pemerah pipi, maskara tebal, gincu berwarna merah terang apabila anda ingin menarik minat lelaki idaman anda. Kajian oleh Dr Alex Jones dari Bangor University yang disiarkan di dalam Jurnal Suku Tahunan Eksperimen Psikologi ( Quarterly Journal of Experimental Psychology ) , juga mendapati ramai lelaki dan wanita yang menganggap lelaki lebih suka wanita yang bersolek tebal dan juga pandai menghias diri, tetapi Dr Alex Jones memberitahu bahawa “itu tidak boleh digunapakai sepenuhnya”. Ini tidak bermakna anda tidak perlu mengenakan mekap dan mendandan diri. Sebaiknya anda hanya perlu bersederhana dan menjadi diri sendiri. Ramai wanita yang berfikir bahawa lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang bersolek tebal,t etapi sebenarnya salah. Ramai lelaki sukakan wanita yang berwajah ‘segar’ dan yakin.
Baru-baru ini, terdapat kempen #NoMakeupSelfie untuk menyokong kempen kesedaran kanser dimana orang ramai dan juga selebriti mengambil gambar wajah mereka tanpa solekan. Mungkin kempen ini juga boleh digunakan untuk menaikkan lagi keyakinan diri seorang wanita.