Tisu Mandian Kleenex® Baru dengan Aloe Vera dengan tujuan meningkatkan kelembutan yang dialami ke tahap yang baru. Kini, setiap rakyat Malaysia dapat merasai tahap kelembutan yang tiada tandingan dengan serat asli berkualiti yang diperkaya dengan pati aloe vera mesra kulit di rumah mereka sendiri.
Aloe vera, yang sering digunakan secara tradisional untuk mengubati masalah kekeringan dan kegatalan kulit, lama diakui sebagai bahan yang sangat berkesan untuk penjagaan kulit. Dengan memilih Tisu Mandi Kleenex® Baru dengan Aloe Vera, kelembutan dan perlindungan yang tiada bandingan dapat dialami seisi keluarga.
Kleenex® menjemput semua rakyat Malaysia untuk merasai tahap kelembutan baru dengan memeluk keluarga mereka dan orang tersayang dengan cara baru dan unik untuk peluang memenangi hadiah menarik melalui kempen Hug the Softness 2014 yang akan bermula pada 28 Mac hingga 30 May 2014.
Untuk menyertai , anda hanya perlu berkongsi gambar pelukan istimewa dan unik bersama orang tersayang di laman Facebook Kleenex® (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia) untuk memenangi segulung Tisu Mandi Kleenex® Baru dengan Aloe Vera serta peluang memenangi pakej percutian bernilai RM5,000.
Di samping itu, temui krew Kleenex® di aktiviti sampling yang berlangsung di kedai-kedai berhampiran – menampilkan maskot Kleenex® Hug the Softness,anda akan menerima segulung Tisu Mandi Kleenex® Baru dengan Aloe Vera secara percuma apabila memberi pelukan mesra kepada maskot Kleenex® Hug.
Tisu Mandi Kleenex® Baru dengan Aloe Vera boleh didapati di semua pasar raya utama dan pasar raya besar. Ia berharga dari RM17.95 ke RM33.10 di Semenanjung Malaysia dan RM19.75 ke RM33.40 di Sabah dan Sarawak