Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines yang diumumkan telah berakhir di Lautan Hindi oleh perdana menteri Malaysia tetap diteruskan.
Misi pencarian tersebut kini memberi tumpuan kepada bahagian selatan Lautan Hindi berkeluasan 460,000 batu nautika persegi.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa pencarian di koridor utara telah dibatalkan berikutan keterangan muktamad bahawa pesawat itu telah berakhir di Lautan selatan India.
“Kami sedang berusaha untuk terus mengecilkan kawasan carian, dengan menggunakan empat kaedah yang saya nyatakan sebelum ini iaitu : mengumpul maklumat daripada pengawasan satelit, analisis data radar pengawasan, meningkatkan aset udara dan permukaan, dan meningkatkan bilangan pakar teknikal dan tertakluk, ” katanya pada sidang media semalam.
China dan Amerika Syarikat adalah antara dua negara yang telah mengesahkan akan masih menghulurkan bantuan dalam meneruskan misi pencarian tersebut.
Dalam laporan New Straits Times, pencarian bangkai pesawat MH370 disambung semula hari ini selepas keadaan cuaca baik, pencarian melibatkan kapal-kapal Cina dan pesawat Korea.
“Carian hari ini berpecah kepada tiga kawasan dalam jarak yang sama meliputi kumulatif 80,000 kilometer persegi,” kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia, yang menyelaraskan carian.
“Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menghantar sejumlah 12 pesawat hari ini untuk mencari objek yang mungkin beraada dalam kawasan pencarian.”
Selain usaha untuk mencari serpihan pesawat, misi juga melibatkan pencarian kotak hitam yang diharapkan mampu merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut. Usaha tersebut dipergiat dengan alat American Towed Pinger Locator satu alat yang boleh membantu mengesan kotak hitam . Alat tersebut dijangka tiba di Perth hari ini dan akan dipasang pada kapal Australia Ocean Shield.
Sumber : The Star dan New Straits Times