Pelakon, Gwyneth Paltrow dan vokalis Coldplay, Chris Martin berpisah selepas berkahwin selama lebih dari sepuluh tahun. Paltrow, 41, dan Martin, 37, mengumumkan perpisahan mereka dalam blog Paltrow bertajuk Conscious Uncoupling.
Pasangan yang berkahwin pada Disember 2003 mempunyai dua anak, Apple berusia sembilan tahun dan Moses berusia tujuh tahun.
Dalam laman web milik Paltrow iaitu Goop.com:
Mereka mengatakan “telah sampai pada kesimpulan bahawa walau kami sangat mencintai satu sama lain, kami akan tetap berpisah. Pasangan ini mengatakan mereka bekerja keras dalam masa setahun untuk memperbaiki malah berfikir apa pilihan yang terbaik bagi kami berdua. Kami akan tetap menjadi sebuah keluarga dan mungkin menjadi lebih dekat daripada sebelum ini.”