Video yang didakwa adalah rakaman keadaan Lautan Hindi semasa operaso SAR, misi mencari pesawat MH370 yang hilang adalah palsu. Video yang telah menjadi viral dan dikongsi secara meluas di internet tersebut sebenarnya adalah video yang dirakam pada tahun lepas dan lokasinya bukan Lautan Hindi sebaliknya Lautan Atlantik.
Video ini asalnya dimuatnaik di laman Facebook bernama “Salha Zain” sebelum disebar secara meluas dan pantas di internet.
Fakta yang sebenar adalah, video tersebut telah dirakam oleh Ivan Zakryzhevskiy pada 19 Januari 2013 dalam satu operasi semasa kejadiann taufan. Menurut Zakryzhevskiy, video tersebut telah diambil di Atlantik, Pantai Barat Portugal, kira-kira kira 60-80 batu.
Berikut adalah rakaman asal video tersebut. Video yang sama tetapi diubah caption nya. Tarikh video tersebut dimuat naik adalah pada Januari 2013.