Negara Indonesia, semalam telah mengharamkan filem epik Noah / Noh lakonan Russell Crowe, sekali gus menjadikannya negara Islam terbaharu mengharamkan filem tersebut kerana dikhuatiri bercanggah dengan nilai Islam. Menurut Jurucakap Lembaga Penapisan Indonesia, Zainut Tauhid Saad berkata, keputusan mengharamkan filem dibuat selepas undang-undang negara itu melarang sebarang gambaran berkaitan Nabi, walaupun siaran tayangan telah ditetapkan Jumaat ini.
Sebelum ini terdapat beberapa negara Islam lain yang turut mengharamkan penayangan filem tersebut termasuklah Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Qatar.
Mesir
Kaherah Al -Azhar , pihak berkuasa tertinggi Islam Sunni di Al-Azhar, Kaherah dan pusat utama ajaran Islam selama lebih satu milenium itu telah mengeluarkan fatwa , atau injunksi agama terhadap filem itu. Pihak Al -Azhar memperbaharui bantahannya terhadap apa-apa perbuatan yang menggambarkan Rasul-rasul dan nabi-nabi Allah dan para sahabat Rasulullah SAW. Pihak produksi filem itu jelas memprovokasi perasaan orang Islam dan ianya pencabulan jelas undang-undang Islam.
Emiriah Arab Bersatu
Pengarah kandungan media di Pusat Media Kebangsaan di Emiriah Arab Bersatu berkata: ” Terdapat adegan yang bercanggah dengan Islam dan Alkitab , jadi kami mengambil keputusan untuk tidak menayangkannya. Adalah penting untuk menghormati agama dan ini jelas tidak ditunjukkan di dalam filem itu.
Bahrain dan Qatar
Kedua-dua negara telah mengharamkan filem selepas pihak Al-Azhar , Mesir mengeluarkan fatwa. Pada tahun 2004, Bahrain juga mengharamkan filem The Passion of the Christ lakonan Mel Gibson pada tahun 2004 , akan tetapi Qatar memilih untuk menayangkannya di pawagam itu. Russell Crowe , yang melakonkan watak sebagai Nabi Nuh berkata beliau menjangkakan pengharaman itu.